Special Gift for ur loved one! Click banner yea~

Wednesday, August 25, 2010

Crita shopping raya untuk my nyawa..

diariku,

Salam sayang semua ..dah lama tak conteng kat sini..ada jugak lin online..tp jalan2 rumah kwn2 jela..malehhhhhhh nya nak naip sesuatu..hahaha agak nya dah tengah2 ramadhan ni, letih lesu tu dah mula terasa ..hihi en suami lin cakap, lin macam budak2... hehehe memang pun..mula lah terasa my nyawa, didi and adini 'tak membantu' langsung dalam mengurangkan penat mama dia ni!!! hahaha menambah kerja2 mama ada lah..huhuhu saba2~~~

Dah 2 minggu posa, boleh la kot nak citer pasal preparation raya kan..Dah siap ke kawan2 semua..??? :) rasa nya, walaupun tak settle smua, tp ckit2 mesti dah siap kan... lin pun dah start sikit2..and ada jugak yang tak siap lagi ---> contonya biskut raya!!! hehehe

Last weekend lin, en suami and nyawa tercinta jalan2 la konon2 nak cuci mata je...sbb lin ingat nak gi penang , shopping baju raya untuk didi and adini kat sana.. Tapi, bila sampai je Parkson, Sp ni, tengok pakaian budak2 pun not bad..cantik2 je..and yang penting, tak de la crowded sangat..ada laluan la nak kejar my nyawa tu, nak try baju! hehehe sangat susah la nak try baju and kasut kat ini 2 org budak!..penat kejar diorg..suka suki je masuk celah2 baju ..kluar masuk fitting room...! adoiii...papa pun dah mula kuat je suara nya, panggil didi and adini..diorang takut ke???...hmm..tak de mana nye..kejap je takut..lps tu, buat balik! huhuhu masa tu teringat kat air tebu je.. kalau dapat telan, best jugak! huhu

Sampai je Parkson, naik2 escalator tu, nampak beg duit and handbag dulu..of kos la mama akan stop kejap kan...saje je la usha2..kot berkenan..hmm..kejap je la tgk2 nya..didi dah mula bising " mama cakap nak beli kasut didi!"..makna nya, harus cepat ke children's dept..kalau tak, bertambah bising la mulut nya...

Mula2, tengok kan kasut raya untuk 2 budak comot ni dulu...papa try untuk didi and mama try kan adini..MasyaAllah.. kecik2 dah pandai nak pilih!!!! alahai anak2 ku... especially si adini..bukan main lagi dia memilih..semua dia nak try..agak nye excited kot tgk banyak kasut pompuan..comel2..kecik2..and glamour2! hahaha seronok melayan diorg pilih kasut..and papa dia mengekek2 gelak tengok anak dara dia nak pakai heels tau~ hahaha yang klakar nya, dia dah try tu, siap lari2..menari2..and drift lagi! hahaha papa kata, konon nak pakai kasut ala girlish gitu, tp perangai mcm boy jugak! hahaha lepas sesi try2 tu, amik la sepasang sandal untuk didi and sepasang heels yang bertutup, warna putih, ada pearl2 lagi, untuk adini..memang suka la si gegirl nih dpt kasut tu!..Before ni dah beli sandal adini and papa nak beli sneakers Nike untuk didi later..papa's choice..bukan mama...kalau mama, cukup dah tu! :P:P:P

Then, gi tengok baju pulak..before ramadhan, ada dah beli few pairs untuk kedua2 nyawa lin ni...ada yang papa beli masa outstation pi KL..and ada jugak yang lin beli masa jalan2 and tengok2 kat kid's boutique kat sini...So plan nya nak tambah sorang 2 pasang mcm tu je..memang lin lebih kan baju casual ni..baju melayu and baju kurung sorang sepasang je..bukan nak pakai selalu pun..

Papa pilih kan didi pair of Polo Jr untuk anak bujang dia..and mama pilih kan pair of Tom & Jerry untuk anak dara mama..masa nak try baju ni, bukan main payah si adini...dia pilih nak yang mana..!!!..didi ok ckit..dah besar kan..and bile dia try, and lin n papa ckp, hensem nya didi..dia dah suka dah!..si adini ni yang payah ckit..penat jugak la mengejar nya! hehehe

Lepas gi Parkson, mama ajak papa gi Central Sq pulak..biasa la org pompuan kan!hahaha papa ok je..Tapi, bila sampai je sana, ramaiiiiiiiii sgt2 orang..memang kureng selesa nak memilih baju anak2..tambahan pulak, dah masuk berjam2..diorg pun dah bosan!..buka baju-try-buka balik!..mesti la diorg pun penat kan..hikhik papa umpan anak2 dia ngan air kotak (sgt menggoda ok!haha) and biskut munchys..tapi, tahan lama mana sgt!...

Yang klaka nye, sbb asik try baju je, end up adini tak nak pakai baju dah!..hahaha so, lin pusing2 cari baju tu, sambil dukung adini yang hanya pakai diaper and panty..hahaha semua orang tgk pun senyum2 je!hahaha mcm2 la ini budak kecik!..At last dapat jugak yang berkenan di hati..So, sambar lagi sorang sepasang..and beli juga socks and undies untuk anak2 mama nih!.. :)

...........nyawa nad buah hati........... :D:D:D


Memang super penat la bawa 2 nyawa ni shopping2~ huhu tapi nak wat camne kan..kena la bawa jugak..anak sapa..??..anak mama ..anak papa~ :D:D:D

Rasa nya baju diorg dah cukup kot..cuma kalau nak beli kan PJs baru je..and sneakers utk didi jela...weekend ni may be.. huhuhu skali lagi ke!!! hahaha

And tahun ni, papa dengan berbesar hati nya, delegate urusan2 duit ni kat mama..lepas dah buat bajet ckit2 hari tu, papa bagi sejumlah duit untuk preparation raya..semua la..termasuk baju and kasut anak2..tudung, kasut,beg,and brg2 yg mama nak..biskut raya..duit raya je papa asing siap2..ingat esok nak gi tukar..so, keje lin la nak jaga bajet jgn burst!hahaha hari tu shopping, lin siap bawa buku, nak kira2..supaya tak terlebih beli! hahahah papa bagi duit dah..kalau ada lebih, dpt kat lin kan!hahaha papa ckp,"bukan main mama, siap bawa buku kira!"..hahaha

ok la dear all..nak gi rumah mak...nanti sambung ye...mwahx...

Saturday, August 21, 2010

Ratu Hatinya bersiaran dengan 'Kekanda Adinda' ~

diariku,

Salam sayang semua..sahur apa pagi ni..?..lin sahur sorang2 je...en suami lin dah 4 hari keje malam.. :( harap nya hari ni cuti la.. :) Ni lin tengah tunggu dia balik, sebab dah janji nak gi check gaji sesama..dah masuk ke belum! hehehe

...My Kekanda,i love u selalulalu.. :):):) ...


Sementara tu, lin cari la lagu 'Kekanda Adinda' ni..suka pulak dengar..hari tu denga few times kat Hotfm..ni nak pasang kat sini la..ala reggae gitu~ hehehe layan kan jela ye... :):):) mwahx

LIRIK LAGU KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA

Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!


p/s : agak2 ada tak bonus nih!..berdebar nyawa~ huhu ;)

Friday, August 20, 2010

PROMOSI RAYA Lovelin Creation ku ~~~

~~IKLAN RAYA LOVELIN CREATION ~~
(Ini sticky post..untuk entry terbaru, sila scroll down)
"SET BEKAS BISKUT BERHIAS CANTIK LOVELIN"

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Lovelin Creation dengan berbesar hati nya melancarkan promosi terbaru kami, iaitu "SET BEKAS BISKUT BERHIAS CANTIK LOVELIN" sebagai melengkapi hari lebaran anda tahun ini...

Setiap set adalah unik dan menarik hati , menggunakan material kain berkualiti tinggi dan kemasan yang dijahit kemas (bukan sekadar menggunakan gam) bagi menjamin kepuasan hati pemilik "SET BEKAS BISKUT BERHIAS CANTIK LOVELIN"

Terdapat pilihan untuk set cantik ini :

Set A ::: 6 biji bekas biskut dengan bakul berhias

  • Bekas plastik - - - RM 88
  • Bekas kaca - - - RM 115

Set B ::: 6 biji bekas biskut tanpa bakul

  • Bekas plastik - - - RM 48
  • Bekas kaca - - - RM 75

Anda juga boleh memilih TEMA (english flower/checkered design (kotak-kotak)/polca dot etc ) dan juga WARNA...supaya dapat di sesuaikan dengan tema pilihan hati anda untuk hari raya tahun ini..

TEMPAHAN DI TUTUP PADA 20 0G0S 2010 .. JADI, BUATLAH TEMPAHAN ANDA SEKARANG... DAN BUATKAN TETAMU ANDA TERUJA MELIHAT

"SET BEKAS BISKUT BERHIAS CANTIK LOVELIN"

Untuk tempahan, hubungi Lin di 013-4332334
Tempahan dari seluruh Malaysia akan diterima ( akan di pos dengan poslaju)
-
-
-
Nota : Kawan2 Lin kat blog "Nik's Wifey and Mommy", jangan lupa dapatkan set ni untuk bergaya di hari raya nanti ye..nak buat hadiah kat mak ke mak mentua ke, sangat la cantik dan menarik .. kalau nak tau detail lagi, call lin or YM id = norul.adlin
~~~kualiti di jamin~~~ :):):)
-
-
-

Contoh SET A - 6 biji bekas biskut plastik yang hias cantik, dan diletakkan dalam bakul berhias.
Harga set = RM 88


Contoh SET B - 6 biji bekas biskut plastik berhias cantik, tanpa bakul.
Harga set = RM 48

Close up bekas dan hiasan



---------------------------------------------------------------------------------------

Contoh SET A - 6 biji bekas biskut kaca berhias cantik, dan diletakkan dalam bakul berhias. Harga Set = RM 115

SET B - 6 biji bekas biskut kaca berhias cantik, tanpa bakul. (Gambar close up set bekas kaca)Harga Set = RM 75

-------------------------------------------------------------------------

Contoh SET A - 6 biji bekas biskut plastik berhias cantik, dan diletakkan didalam bakul berhias. Tema Pink+Putih.

Harga Set = RM 88

Contoh SET B - 6 biji bekas biskut plastic, tanpa bakul.

Harga Set = RM 48

---------------------------------------------------------------------

Nota : Harga setiap set tidak termasuk kos penghantaran. Tempahan 3 set ke atas, PERCUMA kos penghantaran !!!

Berubah wajah ~

diariku,

Salam bersiaran dari lin untuk semua..hehe bukan main ayat~ :P Rindu nye nak ngapdet story kat sini..tp terbizi pulak 2 3 hari ni...kawan2 lin yang cun pun ada tag macam contest..thanx ye..niat di hati memang la nak join..tp kesuntukan masa..InsyaAllah..nanti lin buat ye :):):)

Apa yang lin buat???..tak lain tak bukan, lin tengah buat Set Bekas Biskut Cantik Berhias Lovelin tu le..Alhamdulillah, byk jugak oder dpt..and dok ada lagi yang oder..rezki ramadhan agak nye..Tapi, kalau orang luar Sg petani, lin kena 'tapis2' dulu la..sbb lin takut tak sempat nak pos..maklum la..posmen bizi hanta kad raya..!..dapat lagi tak lin kad raya tahun ni???..hahaha

Oder dah amik..so, kena la buat..biasa nya kawan2 lin kat sini, bila tengok je bekas tu, memang nak oder la..suka sesangat!..tapi kalau 'orang luar', banyak la Q & A nya..maklumla, tengok gambo je kan..tak dapat nak pegang..belek..test2 before beli..tapi takpe..lin dah biasa melayan customer Lovelin Creation ..sesuai la dengan sifat lin yang suka cakap peramah ni.. :):):)

And lagi satu, ada surprise news menanti..nak tau apa tak..?..Kalau tal nak tahu pun, lin nak bagitahu jugak..takpela kan..blog lin!haha tapi bukan sekarang..tungggu~~~~ :P

Kan hari tu, lin minta tlg kekawan pilih dining table untuk lin..survey je dulu..beli nya ntah jadi ke tak..P******s tak de tanda2 nak bagi bonus pun tahun ni..En suami lin cakap, senyappppppp jee...biasa nya tahun dolu2, masuk je Ramadhan, mula la macam2 rumours bonus kluar..ada yang kata 3 bulan..4 bulan.. tahun ni senyap je... alahai, macamana nak balik kampung ni kalau bonus takde!!!!!! projek dining table baru pun tergendala la siaran nya :(:(:(

tapiiiiii....2 hari lepas, lin and en suami berpakat nak 'repair' kawasan lanskap rumah yang terletak kat corner rumah kami tu..masa reno rumah ni before pindah dulu, lin dah soh orang buat tiles siap2 kat porch..tapi tinggalkan lebih kurang 8ft x 4ft tanah untuk lin bercucuk tanam main tanah buat mini lanskap kat situ..tapi tak buat terus masa tu, sbb bajet nya ilek!haha Tempat tu, lin dah siap2 suruh contractor renovation tu buat piping utk sinki kat luar, untuk multipurpose pipe and satu soket elektrik..kot la nak buat ayaq terjun kaaa.. :)

Dah 2 tahun dok rumah ni..tanam pun dah macam2 tanam..dari bunga..pokok2 daun..sayur mayur masa ni, siap ada serangga perosak tumpang makan sayur lin, iaitu siput ..tapi semua tak kekal lama..setelah dikaji punca (chewahh, ayat tak tahan!), mungkin tanah tu terletak kat bawah bumbung..and bila hujan, air bertakung kat situ..jiran sebelah kanan ni tak pindah lagi, so, dia tak de pakai awning bagai lagi..bila hujan, rumah lin sama banjir! huhu bilo la diorg nak pasang awning ni!!! so, tanaman pun senang mati~

Hari tu masa gi nursery yang cantik tu, dah soh org tu quote harga nak buat lanskap..tot tet tot tet, dia nak RM350..tak termasuk sinki yang lin plan nak pasang kat tempat lanskap tu..tot tet tot tet ngan en suami, kami setuju nak tutup je kawasan tanah tu denga tiles..and buat lanskap sendiri, dengan bunga2 dalam pasu je..hehehe lepas dah tanya kat tukang myanmar , dia nak upah dalam rm200 termasuk pasir n simen...tiles, sinki and cat (en suami nak soh cat tembok pagar tu hari tu kata nak cat sendiri :P:P:P ) lin beli sendiri..total semua termasuk upah orang, tak sampai RM450..and lin sangat suka hati!..tak de dah lecak2 tanah kalau hujan.. :):):) dulu lin jugak ngada2 nak ada tanah sekangkang kera tu..pedih gak telinga kena tembak ngan en suami!!! hahaha dengar jelaa.. :P

Lepas ni, kalau kawan2 kami datang beraya, takde la kena laser lagi..diorg dok cucuk kami sbb lanskap tu tak jadi2!!!hahaha Sempoi je pun tempat tu jadi nya..tapi takpe la..janji lin suka.. :):):)

...tukang tengah dok buat..asalnya tpt tu ada tanah hitam tula..and pasu2 kosong yang tak pakai..hose..etc..memang tak cun langsung!!! :P


...Dah siap tiles...kenapa la lin pilih tiles corak meriah2 tu kan..hahaha dah beli, baru prasan..masa kat kedai tiles tu, memang geram tgk tiles byk2 tu..cantik2 design nya..masa rno rumah lin dulu, kami hire contractor..so bila pilih barang je, diorg ikut sama..mana yang tak 'in' ngan konsep rumah lin, mmg diorg reject secara halus!hahaha yang ni berkesempatan beli sendiri, apa lagi...belasah je la..macam biasa, lin nak yang cantik, tahan lama yet murah!!! :P:P:P Tembok kat pagar tu pun dah pudar je kan..tu yang nak kena cat tu..huhu alasan! :P

Tu dia.........dah siap kemas and susun semua..lin and en suami buat sendiri..walaupun, dia baru balik keje malam and nak masuk keje malam lagi, tp lin paksa dia tolong kemas kat depan ni!!hahaha kejam ke..?..tak la kot..dia pun suka, sbb rumah sendiri kan..takkan nak biar berpasir ..berhabuk semua ~ :) Cantik tak..??? hehehe lin suka..nampak lebih kemas :) ke sebab baru???..hahaha

..tanaman kat luar tak dilupakan..sejak masuk ramadhan, dah lama tak belek2 pokok2 ni..dah trim2 sikit..and gembur2 tanah..baja2..dicelah2 pokok bunga tu, tersorok, daun kunyit..halia..pokok kari..pokok limau purut..bole la amik2 nak masak sikit2 tu kan.. :)

...Rumah okrkid ke..??haha dok rumah teres ni, macam ni la..en suami lin pencinta orkid..tp takde la beli yang mahal2 sgt..kalau mahal sgt, amik gamba cukup la..ahaks..! sebenarnye tu ampaian baju masa kat rumah sewa..dah jadi tpt gantung orkid je...hihi dulu orkid kitorg banyak..ada dalam 20 pokok..sejak dok rumah ni, tinggal banyak tu je.. :( tp takpela..ada jugak kan..hehehe

..PAsu hijau tu, memang untuk fountain ala balik tu..tp lin beli semata-mata nak buat jadik sinki kat luar..cantik tak..murah je tu..RM85 !!! ok kan..tukang myanmar tu cakap, "kak..ni bukan sinki..ni pasu..susah nak buat"..tapi sbb lin nak jugak, lin soh gak dia buat..mula la macam2 idea kluar!hehehe akhir nya, terealisasi pun! ;) Tembok dah cat 'terra cotta'..ceria sikit , ye tak ? :)

..Boleh la..kemas sikit..semua tu pokok2 yang memang ada kat rumah lin..pokok buluh tepi fountain tu dah lama tau..sejak dari lin kecik around 2 3 years old, masa famili lin dok gombak dulu! :) mak lin yang banyak pecah2 kan anak2 pokok tu..and now lin dapat satu pasu..lin suka sgt! :)

tapi kena pasang hose hanger kan..takde la hose tu melepek je kat lantai macam tu.. :) ada2 je lin ni!hehehe

...Fountain ni dah lama lin beli..masa tu nak cantik2 kan rumah sewa kitorg tu la..and masa tu tak de anak lagi pun!hehe nampak out dated ke..?.. Takpela..dah ado! pakai je la kan..elok lagi..pam pun elok lagi.. :) lin beli jauh ni..Kat Nilai 3!! haha bawak balik Kedah naik keta waja je..hehe jauh perjalanan..tak silap lin, dulu lin beli RM145 macam tu..ingat nak taruk kiambang..tp nanti air cepat kotor..so, tak payah la..cuma didi mintak letak ikan..may be ikan gapi ok kot kan~ :):):)


Sekian...jangan boring ye baca entry lin..takde gosip2 hangat..semua cite lin anak branak je..maklum la..lin dok rumah je kan...inilah dunia lin! :):):) mwahx

Selamat beramal di bulan ramadhan.. :)

Wednesday, August 18, 2010

1st Anniversary Giveaway~~~

diariku,


Haaaaaaaa........giveaway yang ni lin wajib join and wajib menang!haha ...1st anniversary Giveaway by blog ~..Here i come..~

Owner blog ni iaitu , Puan Ainie, ialah kawan baik lin dari sekolah menengah yang kat dalam ceruk raub yang dicintai tu~~ hehe , and sampai sekarang, Alhamdulillah..masih lagi berhubung and care about each other..hehe Love u la dear! :)

Jom ramai2 memeriahkan GA ni sempena bday setahun cik blog ainie.. :) GA tamat pd 1 September 2010..so, yok join cepat ye :):):) Hadiah best tau~ kata ainie, wnagi-wangian...wahh! Masyuk kan~ :)

Lin nak tag kawan2 yang rajin ye :)
1) Aidiena
2) Anna Zanariah
3) ZuraZari
4) Hawa ~ Mrsboan

Ucapan lin utk blog ainie..Semoga 'panjang hayat' blog nya ye..and banyak2 tepek gamba sara lagi, before sampai 'generasi baru'..hehehe :P

Sekian ~~

p/s : Ainie, sori ye saya join lambat ckit..brodben sy mengong la~ :P:P:P

MAMAZAKWAN BUAT CONTEST!

diariku,

Thanx pada mamaZakwan yang sudi invite lin join contest anjuran nya sempena hari raya.. Jom ramai-ramai join MAMAZAKWAN BUAT CONTEST! ... Hadiah pun best iaitu DUIT RAYA !!!!!..huhu boleh start collect duit raya anak2 sekelian ye..


Sebab lin ada 2 orang buah hati, lin nak jugak try untuk kedua2 nya.. boleh kan Pn penganjur..?? :) Tak aci la kalau hanta gamba didi or adini saje.. hehehe

Jom tengok aksi2 nya~~~


------->>> Nama boboy mama : Nik Rifdhi Baihaqy B. Nik Noorfadly (didi)
------->>> Tarikh Lahir : 22 Februari 2006


-------->>> Nama gegirl mama : Nik Nurfadlin Ardhini Bt Nik Noorfadly ( Adini)
-------->>> Tarikh Lahir : 30 March 2008

Jom la hantar gamba anak2 sekelian yang cute2..comel2 tu..yang boboy pakai baju melayu..yang gegirl pakai baju kurung~~~ :):):) Sebab MamaZakwan nak cari 2 boboy and 2 gegirl as pemenang tau!!!..Mana tau rezki raya kan.. :)

Kalau nak join klik kat banner tu atau SINI pun bole... Contest end 25-08-2010..
Selamat mencuba~~ :)

p/s : tengok gamba raya tahun lepas ni, and tengok my nyawa sekarang, tersenyum sorang lin..dah besar anak2 lin :):):) mama sayang didi and adik! mwahx

Monday, August 16, 2010

Adini's new hair cut!

diariku,

Lama nya tak menaip2 kat depan ni..tapi smua pun maklum la kan...bulan2 ramadhan ni, bateri ada cikit low la..hehe plus, teringin juga nak baca2 al-mathurat ke doa2 ke lps zohor kan..then, dah tentu aktiviti wajib surirumah macam lin ni, 'layan mata' la jap kan..dari sahur tak tido wooooooo...hahaha buka posa rumah mak, sampai rumah balik karang dah kol 10 lebih..letih gak tau!..tp sendiri suka..hahaha

Sempat la gi baca2 entry kawan2 yg masih ada bateri update blog diorg tu...best juga, at least tak putus idea..hehe Macam semalam, lin memulakan keje2 membalut bekas2 biskut raya yang dah di oder..amik order je nak...buat nya baru nak start!haha takpe la kan..mostly, customer lin nak amik set ni hujung bulan..lepas gaji agak nye kan.. :) And Alhamdulillah, tempahan nya pun sangat memberangsangkan...Lin and adinda, angah bagi2 kan keje..lin buat body, angah buat tutup bekas yg part ni susah sikit..ahaks..nanti baru join nak buat finishing yang lain.. :):):) Tempahan masih dibuka ye..kalau nak, bagitahu lin tau! :):):)

Sebenarnya dah lama dalam hati ni niat nak potong sikit rambut nyawa lin, Adini...dah panjang lebih bahu...muka dia kecik..tak tembam mana..rambut jenis tebal..masuk2 dlm mulut..melekat kat pipi..rimas sungguh lin!..TAPI, en suami tak bagi potong..nak tengok anak dara dia rambut panjang!..Adoii...dah la Adini tak nak ikat rambut..papa plak ngada2 nak gegirl dia rambut panjang!huhu...

Setelah ku pujuk2 en suamiku, macam2 ayat ku bagi pada dia, akhir nya dia terpaksa setuju rambut si gegirl ni dipotong SIKIT saje.. :P:P:P

So, before amik didi, bergegas la lin bawa Adini gi saloon..Saloon ok!!!hahaha nak potong sendiri, memang bengot la rambut anak lin karang!macam yg lin potong slalu kat fringe dia...salah kan Adini yang tak dok diam..lin ok je!hahaha

........muka baru lepas menangis...sian dia..panjang kan rambut Adini..tak sesuai ngan muka comel nya tu!hehehe

.......alalala..sedih nya adik..jgn marah mama ye! :)

....RAmbut Adini tebal...tengok, siap kena klip sana sini..pakai klip dewasa lak tu!hehehe..better trim ckit kan...

....Kemek muka !! hahaha...takut kena gunting kot~ hehehe

....Dah siap...bahagian belakang..kemas ckit kan.. :)

....Yeay~~~ kan dah cantik tu...kemas..bersih..tp muka tak nak senyum!hehehe tengok la fringe nye tu..Cina tu alter fringe bengot yang lin buat..so, dia agak 'senteng'!!hahaha takpela, by raya, mesti dah cantik kan.. :) sayang anak mama!muahxx..


p/s : Saje gatal nak buat potongan yang senteng sikit kat belakang..panjang sikit kat depan..hahaha rambut Adini banyak kan..so, kita try jela..hehehe Raya ni mama nak buat rambut camne lak ye... :):):) yang ado je la kan~~ hehehe

Friday, August 13, 2010

Cerita ceriti 2 hari ini.. ~

diariku,

Kejap je dah 3 hari kita puasa kan..cepat betul masa berlalu~ Alhamdulillah..puasa kali ni, cuaca agak nyaman kat sini..so, keletihan and kehausan melampau tu, tak de la sangat..nyawa2 lin pun agal behave..tak de la sampai menguji kesabaran mama papa dia terlampau2..tp, tak dela dok diam sgt..org kata sederhana laa..tapi meriah!! ..hihihi acceptable~ :P lepas2 ni tak tau la..hehehe

Setakat ni, hari2 buka posa rumah mak..memang masuk bulan ramadhan je, lin and adik2 hari2 berulang ke rumah mak nak berbuka sama2..kalau tak pegi, ayah call suruh jugak dtg..nasib baik la tak jauh mana..10 minit lebih kurang..before gi, singgah carik2 kuih kat pasar ramadhan..calling2 sesama adik bradik, sbb takut terbeli makanan yg sama!motainai!hehe

sampai rumah mak je, smua dah siap masak..tugas lin and adinda angah, serve kan je..menantu buat air..and ramai2 hidang..hehe bila la nak merasa buka kat rumah sendiri..?..ada jugak..kalau mak ayah ada jemputan buka puasa kat luar, baru la merasa buka kat rumah sendiri..hehe nak wat camne kan..tak larat nak dengar bunyi henfon,sbb ayah keep calling, tanya bila nak sampai rumah dia..huhu lepas ni, kalau ayah retire (next year), and balik melaka, mungkin jadual nya berubah la..tp sedih gak kan..mesti rindu masakan mak.. macam korang yg jauh dari mak kan??? :):):) mak siap tapau kan untuk sahur skali :P

Didi posa tak...??..bila mana la puasa nya..pagi2 before gi skolah, lin tanya didi.."nak posa tak hari ni?"..of course la didi cakap,"Puasa!..tapi..ada tapi2 jugak! didi kena makan nestum dulu..baru la boleh blaja.." ..hahaha memang la ayat tu lin slalu ckp kat didi pepagi nak pujuk dia makan before gi kindergarten..hehe pandai menjawab..And bila balik skolah, lin tanya lagi...

Mama : didi posa tak ni..?
Didi : puasa la ma..
Mama : tadik break didi makan ape..?
Didi : Hari ni teacher bagi mee kecik (mihun la tu!)..didi makan abes..pandai tak didi, ma?
Mama : Aik..kata posa, mana bole makan siang..tu tak posa la nama nya..
Didi : Teacher bagi mee kecik..tak baik membazir tau!..lepas makan, didi posa la balik..macam tu pun boleh..

hahahaha lin tergelak je dengar jawapan si bujang encem lin ni..anak2~~..macam2 ragam! :)

Didi ada spelling homework..ada 6 words smua..3 bahasa and 3 english..every week, teacher didi akan bagi new words ikut theme of the week.. and this week is transportation.. spelling session ni memang kena kerjasama teacher and parents..kalau harap teacher je, tak aci la kan~ :)

Lama tau nak ajar didi spelling tu..tp takde la lin paksa dia ingat terus..tp didi boleh buat..so, lin sgt hepi!!! hehehe alhamdulillah...tp masa ngajar tu, sendiri mau ingat la..susah nya nak dapat sepenuh perhatian dari didi...geram jugak..sbb mata dia tak pandang apa kita ajar..tp dok melilau pandang mainan yang berlambak tu..geram kot tgk adini dok main, dia pulak kena blaja.. alih2, lin suruh en suami amik adini, main tpt lain..baru didi ok ckit..tapi sempat didi cakap --> mama ni ajar garang la!... hahaha sori la sayang! mama nak didi pandai~ :)

...the words...english : bus-car-van ..bahasa : bas-kereta-lori ..didi confuse bus and bas..maklum la, anak org melayu!hehehe

...didi nak tunjuk something...

...owh...didi dah boleh tulis nama dia..pandai didi~ kat skolah, teacher panggil didi as Nik.. hmmm.. penat letak nama panjang2! hehehe

...bila mood blaja sudah mari, hati sudah suka la..and didi request nak blaja 1 2 3 plak..adoi la..counting session la plak..dalam hati mama ni, kira nak stop je..sbb teringat baju tak lipat lagi!!! hehehe..layan kan jela..karang majuk pulak bujang cengeng nih! ;)

....and setiap benda yang baik didi buat, biasa nya he's looking for hadiah laa..masa lin pujuk2 dia blaja spelling tu pun, lin dah janji nak bagi hadiah..and didi ingat!haha sebenar nya janji tu, saje2 je cakap.. as usual, didi nak mainan..again!..lin tak bagi..baru je beli hari tu..membazir je! :P then dia nak buku..and didi memang suka dinosour..dia nampak buku ni, langsung tak nak gerak dah..nak2 jugak buku ni.. "Saya seekor anak Trex"..RM9.90..sape nak nak kena baca kan kat didi..??..mama jugak~~~ haishh.. papa cerita kan, takde gaya and intonasi, so anak2 tak suka!haha..apesal anak bujang ku buat senyum simpul ni.. konpius mama~ :P

Takkan didi je kan..adini also nak reward..utk apa..??..reward sbb sgt mengada2..manja terlebih..nangis tak ketahuan..and berebut barang abg!.. hahaha kasut ni RM10..comel kan adini pakai.. :) ..so, sama rata la..terbang lagi duit mama~ huhu
p/s : agak2 mak masak ape ek..bila call tanya je, mak jwb, surpriseeee~~~ hahaha org nak tau je..takut anak dia terliur kot! :P ..mak ni... :):):)

CUTIEST Stripe & Line Contest

diariku,

This time Lin nak join contest "CUTIEST Stripe & Line Contest" by blog Mama Rifqy ..
and now Mama Rifdhi pulak nak join..hehehe Tujuan Mama Rifqy, tak lain tak bukan, nak tambah kengkawan ramai2 lagi.. Mama Rifdhi shake hand la, tanda kawan ngan Mama Rifqy ye.. :):):)


And buat julung2 kali nye jugak, lin nak try gamba 2 orang nyawa lin..tak aci la kan, asyik2 gamba adini posing je..didi also good in pose, what ..hehehe harap nya Mama Rifqy jangan disqualified lin la ye :):):)

Mama rifqy dah post comment kat entry ni, kena hantar 1 gambar je~ so Lin pilih gambar didi la.. :):):) Adini, nanti2 ye dear~ :)


---->>> Nama bujang encem ni : Nik Rifdhi Baihaqy bin nik Noorfadly (didi~)
---->>> Umur nya : 4 tahun (didi was born on 22/02/2006)


Closing Date is 15 August 2010...so cepat2 klik sini , and sila lah join tau~

Syarat-syarat nye pun senang je..
1. Buat 1 entry pasal contest ni
2. Letak Banner ini pada entry n side bar blog memasing ..(jgn lupa link kan tau~)
3. Pilih 1 gambar anak anda @ sape2 je..asalkan kanak-kanak dari umo sebulan ke 4 tahun.. pakai baju ke seluar ke, belang2.. asalkan nampak belang2!
4. Nyatakan nama & umur anda..
5. Last but not least, jadi follower blog Mama Rifqy and masukkan blog nya in the bloglist..

Harap2 nya tersangkut la kat anak mama ni..hehehe :):):)

Sekian~~

Wednesday, August 11, 2010

Sahur sendirian~

diariku,

Alhamdulillah...sejuk nyaman je pagi ni...lin baru je lepas bersahur...bersahur sorang2 je ye kawan2..en suami lin keje nite shift ..jap gi baru dia balik..sayu jugak la hati ni..makan sorang2.. ~~~

Menu sahur lin...?..ala kadar je la..solo je kan~ kurang selera..huhu tp bersahur la jugak, dapat pahala sahur, ye tak.. lin bersahur dengan pulut kuning and kari telur yang mak buat utk en suami bawa gi keje semalam...adinda lin no.3, fami, yang hantar malam tadi...hehehe kalau fami tak hantar, dah plan nak makan nestum 3 in 1 tu je.. :) ..and lin makan juga, 3 biji kurma yusoff taiyoob ..and air kosong.. kenyang dah pun, alhamdulillah~~




Tapi takpe, hari ni en suami lin off day..kalau dia takde cover dah cakap ngan dia tak yah cover hari ni!, dpt la berbuka posa sesama hari ni..and as usual, buka posa is kat rumah mak ayah lin..hehehe kalau lin tak datang, ayah keep calling, soh datang..hehehe~

Nak solat dulu... Selamat berpuasa ye kawan2 ~~~

p/s : en suami dah berjaya ajar nyawa lin, didi...esok puasa - - tak boleh makan..tak boleh minum ..waktu siang - - semalam senja lin suap dia makan, didi cakap, "eh..kan puasa tak bole makan siang , mama"..and lin jawab "start esok.. "...tengok la didi karang..jgn tak nak makan langsung, sudah~..hehehehe

Tuesday, August 10, 2010

Have a blessed Ramadhan ~~

diariku,

Alhamdulillah...Allah panjang kan usia Lin , bertemu juga dengan Ramadhan tahun ni..InsyaAllah, seluruh umat Islam Malaysia akan mula berpuasa esok, menunaikan rukun islam yg ketiga..




Banyak kenangan Lin dalam bulan Ramadhan ni..bermula sedari kecil, ketika mula2 mak n ayah mengajar Lin berpuasa..and then, selepas baligh, dan berpuasa dengan kawan2 di Sek Men Sains Tg Abdullah, Raub..memang memori yang takkan dilupa..dan juga berpuasa bersama teman2 di UTP, jugak mahal pengalaman nya :) ..

Alhamdulillah, Lin mula berpuasa penuh sejak Lin darjah 2..dalam ramai2 sepupu sepapat lin, tahun tu, Lin sorang je posa penuh..and malam raya lepas pengumuman raya tu, mmg rasa terharu sgt..kecik2 dah sensitip kan~ :P..memang Lin nangis, sbb tak sangka bole puasa penuh!..hehe bangga and gembira lain macam je..lagi2, bila mak lin peluk lin..makcik2 lin smua peluk n puji lin..'terangkat' la ckit!..hehehe

Lin harap, lin mampu mengajar nyawa2 lin berpuasa suatu hari nanti..sekarang pun, lin dah cakap ngan anak bujang lin, didi..tp yg dia faham, kalau posa, esok cuti skolah!hehehe yela, kat kedah ni, 1st ramadhan is public olidey.. :) nanti nak try slow talk lagi ngan didi, bagi dia faham..try jela kan~ :)

And malam ni, insyaAllah, en suami lin akan menjamu kawan2 nya kat tpt keje , dengan pulut kuning and kari telur, and kalau sempat, nak bertahlil kat opis dia.. and pulut plus kari tu, mak lin yg sediakan..hehehe lin memang tak reti nak masak banyak2.. :) tak cukup ilmu di dada lagik! hehehe :) So, sahur pagi nanti, terpaksa la berseorangan nampak nya..may be lin akan bersahur dengan nestum 3 in 1 je..malas nak turun dapur sorang2, di pagi hari!hehehe

Yang paling membuat lin terharu menjelang ramadhan ialah, mengenangkan arwah anak sulung kami, Nik Shakir Zufayri..kan penah dikata kan , roh semua di lepas kan dari alam kubur..and kembali melihat ahli keluarga nya..korang penah dengar?..Kalau nak tahu, lin memang akan dapat mimpi kan shakir pulang ke rumah pada bulan mulia ni, setiap kali ramadhan..bila lin bangun nak sahur, lin tak ingat..tp dah siang2 tu, baru teringat..hati rasa gembira dan bersyukur dapat 'tengok' buah hati lin yg dah hampir 6 tahun bersemadi di sisiNya.. tak tahu lah kalau itu , bayangan and harapan lin je..tp lin memang mengharapkan dapat berjumpa anak lin, shakir, dalam mimpi, walau sekejap cuma..Lin rindu shakir sangat2~~~ :(:(:(


--->> nik shakir zufayri in memory 040205-130405 ..(gambar tak jelas sgt sbb snap dari album..dulu takde digital cam lagi )

Hmmm...

lin doakan kawan2 smua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan sama2 kita cari pahala yang dijanjikan berlipat kali ganda di bulan ramadhan ni ye..insyaAllah...

Salam Ramadhan dari Lin and keluarga :)

Monday, August 9, 2010

Mama Papa by Ning Baizura bersiaran di Ratu Hatinya ~~

diariku,

Kalau kat blog bisnes lin, Lovelin Creation, lin pasangkan lagu2 kahwin, tapi kat sini lin nak pasangkan dengan lagu "Mama Papa by Ning Baizura"...

First time dengar lagu ni , lin dah suka..suka muzik dia and paling suka lirik nya..Selalu dengar kat Hotfm..So, sekarang lin nak pasangkan kat sini pulak..
Harap nya korang suka la ek, melawat blog lin sambil denga lagu ni!hehehe kalau macam bising sangat, slow down volume nya ek..

mwahx .. :):):)



Lirik Mama Papa - Ning Baizura

Adakah mungkin ikan lemas di air
Adakah mungkin orang lemas dek udara
Segala yang terlampau membawa bahaya
Serupa jua cinta pun membunuh

Telah ku lihat ku amat ku kenali sangat
Cinta berubah dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus

Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa
Mama sayangi Papa

Mungkin terlalu manis menjadi racun
Mungkin terlalu pahit pun menjadi kacau
Hidup perlukan drama barulah berwarna
Kembalikan yang suam balik hangat

Telah ku lihat ku amat ku kenali sangat
Cinta berubah dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Ulang Chorus

Seringkali alam kenyataan
Pelik dari alam khayalan
Seringkali mudah tak hiraukan
Dari mencapai sebuah pengertian
p/s : En suami lin suka lagu ni..tadi sambil masak kari ikan, together nyanyi kat dapur!hehehe sbb tu dpt laki tua kot~~ huhu takde la tua sangat, papa 5 tahun lebih umur dari lin :)

Sunday, August 8, 2010

Cute Teddy Bears Giveaway...

diariku,

Suka teddy bear tak..?..best kan peluk2 teddy bear..even dah jadik mak orang, nampak je teddy bear, terus nak peluk~~ tak cukup peluk en suami! ;)

Banyak ke koleksi teddy bear kawan2..?..haaaaa, nak tambah koleksi teddy bear, jom join http://mamiuyun.blogspot.com/2010/08/cute-teddy-bears-giveaway.html ..bersempena birthday nya on 13th August ni..dateline contest ni pada 13th August 2010 ni jugak..so, cepat post entry ye~~ :) ..Result will announce on 16th August 2010..


My wish for Cute Mum ~~~ Lin ucapkan semoga ceria selalu and bahgia dengan famili sampai hujung nyawa..smoga panjang umo and dimurahkan rezki..slalu dalam rahmat Allah hendaknya, InsyaAllah :):):) ~~~

Syarat nya ...
1. Jadi follower blog Cute Mum...
2. Buat Entry pasal GA ni di blog masing2 dan pastikan link back pada giveaway nie..
3. Tinggalkan link di bahagian komen entry ini sahaja..
4. Tagkan 5 rakan blogger lain (lebih pun takpe)
5. End date contest ni pada 13/8/10 iaitu pada hari lahir Cute Mum...
6. Hadiah menanti anda : Teddy Bear yang Cute2...

So, Lin dengan suka hati nya, nak menge'tag' kan kawan2 , mana tau rezki korang..rerajin kan diri ye :):):)
1. Lydzar
2. Ainie
3. Aidiena
4. Suziey
5. Anje a.k.a mama balqis

Sekian~~

Saturday, August 7, 2010

Mama's single nite ~~~

diariku,

hari ni dok rumah je...sebab weekend ni en suami ku keje..takde geng nak jalan2..dok umah jela..kebetulan, hujan pulak bumi SP ni hari ni..sedap nya bangun lambat tadi!hehehe

Thanx ye kawan2 ku yang cantik..sudi bagi pandangan utk ku pilih dining table tu..masih di peringkat 'berfikir' lagi..huhu sayang korang! :)

Semalam, ku pegi dinner Petronita cawangan Gurun for this year kat Hotel SP Inn..Mak and adinda, angah pun ada...best tau...dinner @ ladies nite la jugak...all ladies and memang kecoh~~~ hehehe Petronita tu is Persatuan Isteri dan Kakitgn Wanita Petronas...

Theme was 'Floral' ...and ku enjoy the nite.. :) memang best la..even tak ramai yang turn up..tak tau kenapa...ada 26 orang je yg datang..hmmm..ni lagi satu kes, susah nak dapat commitment dari ahli..tapi, suka ati diorg la kan...cuma, bila ada aktiviti macam ni, bole la nak relax2 dgn kawan2..and feel being single jap!hahaha makanan pun lurus je masuk perut..ahaks!

As usual, en suami ku sangat sporting anytime ku ada program with Petronita...my nyawa. didi and adini tinggal ngan papa la..and yang tak tahan, bila dah siap2 tu, papa cakap kat anak dara dia "mama nak gi dinner ngan kawan2 mama..kita makan biskut cicah milo je ye.."...hahaha suka tau tembak2 orang macam tu..macam la kat rumah tak de food...hahaha dia memang suka mengusik istri dia ni! :P

Adinda angah ku yang amik ku kat rumah and kami pegi together..syok nya kluar 2 beradik single mingle~~~ hahaha sekali sekala je pun kan :P Each of ahli have to bring hadiah worth at least RM20...ada sesi tuka hadiah tu.. :) ku dah beli cotton blanket yg suweettt sgt..angah bought crystal brooch ..and mak beli sejadah as a gift.. ;)

Jom enjoy the picas la ek..biasa la all ladies...keje amik gambo je...and karaoke!!! ..plus berborak and gelak macam tak hingat~~~ huhuhu 18SX 18SG!hahaha






--------------->>>>>>>> untuk di belasah ye..semua sedap2! <<<<<<<<<--------------------






...Lin with adinda, angah..dah lama tak pakai tudung bawal..tu tudung masa keje dulu..terperuk dalam laci.. 5 kali lin adjust tudung and brooch!susah gila nak tune tudung ni :P hahaha..angah pulak gedik nak pakai selendang, sbb tak de nak dukung2 anak kan..tak de la terbelit leher sendirik!huhuhu...ok la tu dik!

-->>dapat hadiah dari pengerusi Petronita Gurun, Kak Suraya...anak 5 ok..tp cun lagi! :P



....Lin nak yang ni..!!!..hadiah utk pertandingan karaoke...Lin tukang kacau org nyanyi jek..hahaha

...the ladies yang sporting and happening... :):):) mak lin yang bertudung labuh tu pun, super sporting ok.. :) luv u mak~~~ :)

Event end at 11.30 pm...yela, tiba2 ramai pulak yang 'giler mekropon' semalam..lpas sorang, sorang melalak..hahaha dah syok la tu..tak kesah la suara ke tengah laut ke..ke tengah hutan ke..hahaha tapi ada gak yg pandai nyanyi..caya laaa.. :):):) pukul 12.30 baru sampai rumah :P

p/s : Thanx papa sebab bagi mama outing ngan kawan2..and bole tak syg nak ikut trip to Jakarta, please papa~~~~~ ;) --->next year trip..ada masa lagi nak pujuk kot..haha
Related Posts with Thumbnails