Special Gift for ur loved one! Click banner yea~

Tuesday, May 10, 2011

Red Velvet Cupcakes simple2 aje~

diariku,
Salam sayang semua.. hari ni hati sangat senang... riang berbunga.. entah kenapa.. may be sebab semua yang dilakukan akhir2 ni, menjadi and termakbul.. lagi2 baru je lepas mother's day kan..

Even tak de la dapat hadiah apa pun.. and sambutan pun ala kadar je.. sebab nya, en suami lin keje nite shift on dat day.. so lemau la sikit nak planning pape pun kan~ hik hik hik

Semalam didi demam.. hari ni pun still ada sikit2 fever.. so, dah 2 hari my nyawa tu tak gi skolah.. tak pela.. nak bagi didi fully recover dulu.. tau jela kat skolah tu.. memang boleh melarat demam if kita tak jaga betul2 anak2 ni.. so, didi .. sila lah ponteng ye.. hehehe

Dear.. meh nak share hasil kerajinan konon lin buat Red Velvet Cupcake.. hehe saje nak polish skills.. nak tgk, ok lagi tak.. ke dah bersawang gak! ahaks! Kalau korang nak, boleh la try resepi lin share ni.. =)))

RESEPI RED VELVET RATUHATI
(lepas dah alter di sana sini mengikut kesesuaian.. lin mmg suka alter resepi.. sbb tu kdg2 tak jadi! hehehe)

Bahan A (bahan untuk diayak bersama)
250g cake flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder (kek lin semua pakai brand Van Houten - lebih wangi and lebih sedap)

Campuran tepung - cocoa powder - baking powder - garam

Bahan B:
240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka/perahan lemon, biarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah

Bahan C:
115g butter
300g gula castor (gula banyak ni, sedang2 ok je manis cake tu - en suami ckp! hehe)
2 bj telur gred A (pernah letak 3 biji - JANGAN YE! nanti cake over moist :P)
1 tsp esen vanila

Bahan D :
1 tsp cuka / perahan lemon
1 tsp baking soda

Jom start :
1. Pukul butter selama 2 minit.
2. Masukkan gula castor, pukul lagi 3 minit.
3. Masukkan telur one by one and pukul sederhana.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan Bahan A (hasil ayakkan tepung, cocoa powder, baking powder, garam)and Buttermilk berselang seli... Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung..

then masuk kan pewarna merah tadi, kacau rata dan ketepikan.. kalau rasa tak cukup merah, tambah la lagi ikut suka merah korg ye.. :)))


6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (Bahan D)..campuran ni akan menghasilkan buih tau.. habis saja buih, terus curahkan ke dalam adunan tadi.. and kacau rata...
7. Masukkan ke dalam cup dan bakar pada suhu 175C selama 30 minit.. boleh dapat lebih krg 20-25 biji cupcake..
8. Kalau nak bakar dalam loyang pun boleh.. so, jadi lah red velvet cake instead of red velvet cupcakes~
9. Sejuk kan dulu.. baru letak topping ye..

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
250g Cream Cheese Philadelphia (1 buku tu la kira nya)
100g butter
120g icing sugar (ayak dulu supaya tak berketul2.. kalau nak manis or kurang manis, adjust la gula ikut sesedap rasa)
sedikit esen vanila and letak sikit je perahan lemon (sebab kebetulan lemon ada kat rumah :P )

Cara nya.. pukul cream cheese and butter sampai kembang.. tak payah lama sangat.. agak2 cantik sebati tu, ok la tu!
Then masuk kan gula, pukul lagi hingga rata and masukkan esen vanila.. kalau ikut resepi frosting ni, memang banyak dapat cheese cream ni.. hehehe

Sejujur nya.. lin buat sikit je cheese frosting ni.. sebab dah tau agak2.. lin main campak je dalam mixer bowl tu.. anak2 lin lagi suka buttercream.. cream cheese ni utk lin and yg berkenaan je! hehehe Tapi, resepi kek tu, ikut tau.. nanti tak jadi pulak.. hehehe

Kalau korang malas nak buat, ORDER je la kat lin.. hehehe untuk kawan2 sekitar utara ni la.. insyaAllah... =)))

Cantik kan bila dah masak! menyelerakan uuuuuuu~ ;)


Sgt fresh serve dgn sugar-free lemon drink itu! =)))
 p/s : Selamat mencuba! =)))
-----------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)

Wednesday, May 4, 2011

Last day for didi's mid term assessment!

diariku,

Hujan dari pagi tadi.. ye.. sangat sejuk dan sekali sekala, hujan turun dgn lebat.. harap2 nya tak de la tempat yang naik air, mcm minggu lepas.. area seberang perai naik air.. tp kawasan lin ni, belum penah lagi banjir.. mintak di jauh kan la ... aminnn~

My nyawa, didi dah start mid term test dia hari isnin baru ni.. kecik2 dah ngadap exam kan budak2 skrg! hehehe siannnn~ and hari ni last paper didi hari ni.. paper maths and science..

Malam tadi masa revise buku2 didi, lin tgk apa yg didi blajar in subject science, mcm susah jugak la.. hahaha ada living things and non living things.. ada heat.. bright and dark .. ada udara.. ada move .. ada macam2 lagi la.. dah la smua in English.. boleh ke tidak la didi buat nih! kih kih kih~

Doa2 kan lah didi ye aunty.. And tadi pagi, masa kejut dia bangun, lin cakap "cepat bangun syg.. hari ni exam last day.. esok tak de dah" .. bergegas didi bangun!! hahaha agak nya tak saba nak abis kan exam.. siannn~ ;P sempat didi ajak lin gi Tesco, lepas amik dia karang.. nak hadiah in advance! hahaha macam2 la anak2 ni~ =)))

**** dialog didi ngan mama and papa bila balik dr sekolah ****

papa : didi.. mcmana exam.. boleh buat tak..?
didi : boleh.. didi betul smua...... (huhu.. sgt yakin and konfiden je dia!)
papa : ye la tu.. (sambil mengekek gelak kan anak dia!)

----------

mama : didi.. how was your exam..?
didi : very easy.. didi tahu dah smua..... ( dgn yakin and konfiden lagi!)
mama urut dada je... hahaha

...ni result mid term test didi tahun lepas.. pend islam agak rendah kan~ ;) hrp2 this year ok ckit.. :)



p/s : mama mmg over excited bila anak exam ke .. test ke.. ada event apa2 kat skolah yg didi involve ke.. hehehe sbb lin nak didi and baby tahu, they are the most important people in my life~ =))) semua mak pun mcm tu kan =)))

-------------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)
Related Posts with Thumbnails