Special Gift for ur loved one! Click banner yea~

Wednesday, March 30, 2011

Hepi 3rd birthday my BABY !

diariku, 30 March 2011.. genap lah 3 tahun umur anak dara lin yg sorang tu.. Nik Nurfadlin Ardhini Bt Nik Noorfadly.. atau Adini atau awin atau latest skali, dia soh panggil dia BABY! haha ada ke patut.. mama nak bagi dia adik dah, boleh pulak suruh kita panggil baby kat dia.. hehehe tp mama ikut kan je.. so, sekarang, panggilan utk Adini ialah BABY bucukkk! :P Alhamdulilah.. besar rahmatNya, Adini membesar dengan baek.. sehat.. kadang2 sakit demam , selsema, batuk biasa tu, memang la ada.. tapi nama pun budak2.. kan.. tapi, nak compare didi ngan adini, didi lagi slalu kena demam selsema ni masa kecik2.. adini kurang ckit.. tak penah la sampai admit.. or kerap2 sgt.. Alhamdulillah~ Adini cayang.. harapan mama tinggi sangat untuk baby mama ni.. mama doa kan Baby diluaskan rezki, dipanjangkan usia.. diberi kan kesihatan yang baik.. dan yg penting jadi anak yg taat pada mama papa.. pada agama.. Allah dan rasul.. Mama doakan supaya Baby berjaya di dunia dan di akhirat.. terpelihara dari segala keburukan dan kemungkaran.. mama sayang baby.. papa sayang baby.. abg didi pun sayang baby! baby rajin tolong mama.. selalu ada dengan mama.. selalu sayang kat mama.. MAMA SAAAAAAAAAAAAAYANG BABY banyak2! mmwaahh... Baby masa newborn!! =)))

She is a big pretty girl now! =)))


HAPPY 3rd BIRTHDAY MY DEAR PRINCESS...

p/s : ni entry auto publish, skali ngan bday papa! hehe bz la guys.. hrp nye nanti jadual kembali seperti biasa.. :)i really miss blogging! :P














----------------------------------------------------------------

DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)

Tuesday, March 22, 2011

Happy 34th birthday abang~

diariku,

Hari ni 22 March 2011, is birthday en suami lin yg tercinta.. cewahh.. hehehe
Tukar mode jiwang jap ehhh~ ;) (macam la dia baca blog nih! haha)

Abang, syg doakan smoga abang dipanjangkan umur, luas pintu rezki nya, tak lupa doa syg smoga abang beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat..

Smoga rumahtangga kita ini kekal sehingga ke syurga~ amiinnn...

Sayang, didi and baby sgt sayangkan papa, and we always proud to have u around! =)))

Sayang, peluk cium banyak2 untuk papa ye .. mmwahhh




p/s : tak de special celebration today.. sebab en suami lin keje malam :( dia cakap nak cuti, tapi dah tak de org nak cover tempat dia, so kena la keje jugak.. siannn.. hehehe tunda esok je la! ;)

-----------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)

Wednesday, March 9, 2011

Derita diri ku~

diariku,

alhamdulillah~ dapat jugak lin menyambung coretan bebelan tak laku lin kat sini..
Sesungguh nya apa yg lin hadapi baru2 ni, betul2 memberi kesan pada lin..

apa ke hal nye ni..???

Korang.. especially yang join GA tak seberapa lin tu (lin tahu korg tggu result kan).. lin baru je recover penyakit yang bertimpa2... sungguh sakit.. dan trauma rasa nya..

bermula dengan migrain yang tiba2 datang menyerang jam 2.30 pagi, masa tu pulak en suami lin keje shift malam, bertambah2 perit rasa nya denyutan2 di kepala lin tu.. setiap saat, terasa kesakitan itu semakin berakar umbi dalam kepala lin, hingga menangkap ke tengkuk belakang lin.. sungguh menyakit kan..

puas lin kuat kan semangat dan gagah kan diri untuk melawan kesakitan itu hingga ke pagi.. semalaman lin tak dapat tido dengan sebenar2 nya.. bila lin labuh kan je kepala ke bantal, terasa berat dan mencucuk2 kepala ni.. hanya duduk di birai tilam sahaja yang lin mampu lakukan.. hanya bersandar pada sofa di hujung bilik, tatkala 2 nyawa lin enak beradu... :(:(:(

Membawa ke pagi.. didi lin pujuk agar dia mandi sendiri, setelah heater lin on kan.. nasib baik didi faham dan mood nya baik pagi tu, didi pun mandi sendiri, dengan arahan dr mama nya yg tak berdaya ini.. habes siap kan didi, lin hanya sempat sua kan roti choc gardenia pada nya, sebagai breakfast utk hari tu.. kesian anak bujang mama.. berdikari sungguh!

Sampai je en suami lin jam 8 lebih, dia terus suruh lin makan ubat lagi skali.. yea.. lepas makan ubat tu, lin muntah semahu2 nya.. habes semua yg di makan, keluar mcm tu je.. di buat kan air milo utk istri nya ni, tapi walaupun hanya separuh gelas lin minum, semua nya terluak balik ke dalam sinki.. tak daya rasa nya.. lin di suruh tido.... zzzzzz.....

seharian hidup lin di belenggu migrain yg dahsyat.. tak tertanggung lagi rasa nya.. doctor yg kami jumpa juga, hanya bagi ubat migrain seperti slalu.. masakan kami sekeluarga pun disediakan oleh en suami lin mengikut ke'teror'an si dia.. ok la jugak.. dapat anak2 makan kan...

Badan lin sakit2.. sengal seluruh tubuh.. setiap sendi rasa kebas dan lemah selemah nya.. esok nya, lin bagun dari tido seawal azan subuh.. yg di rasa masa itu ialah, gastric datang menyerang...
Perut yang sedia ada buncit, bertambah kembong nya.. dada dirasakan begitu sempit dan seluruh isi perut lin rasa sangat tak selesa.. apa jua yang cuba di telan, habes di muntah kan semula.. lagi sekali kami ke klinik.. doctor menmberi lin ubat gastric yang lebih kuat.. namun, tak de tanda2 nak baik... dalam hati masa tu, tak henti2 berdoa supaya Allah simpati dan jauh kan sakit yg tak tertahan ni dari lin...

Sungguh.. tak dapat nak lin ceritakan sakit nya di belenggu penyakit2 ini lagi2 ia dtg menyerang serentak.. lin sgt sedih dan down sebab masa sakit, anak2 lin pun lin tak dapat nak cium peluk.. tak terdaya rasa nya.. lagipun, bila diorg tgk mama diorg lemah, dgn sendiri nya, didi and adini tak datang menghenyak2 tubuh lin seperti selalu.. malahan, tolong urut dan picit2 tanda prihatin pd mama mereka ini.. kasihan anak2 ku~

Itulah serba sikit lin coretkan kat sini sebagai ingatan untuk lin pd masa hadapan.. betul lah.. kita kena lah menghargai waktu2 yg kita masih sehat.. kuat.. senang.. dengan sebaik2 nya.. sungguh! lin rasai derita sepanjang beberapa hari dibelenggu penyakit itu..

Sekarang pun, lin on the way nak recover sepenuh nya.. kadang2, denyutan di kepala.. dan angin yang menerjah ke dada, semacam memberi ingatan pada lin, yang ia tak jauh lagi... doa kan lin ye kawan2 semua... mohon maaf atas segala nya...


p/s : lin dah ada pemenang GA tu.. nanti lin kabar kan dalam entry yang istimewa ye.. :)

---------------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)
Related Posts with Thumbnails