diariku,
26hb Januri 1982.. adalah tarikh ku dilahir kan.. ye.. genap lah umur lin 29 tahun hari ni.. :):):)
Seronok .. and ada juga sedikit cuak.. sbb this year, is the last year la dalam umur 20an kan.. mula next year, masuk 30an sudah! kalau dipanjangkan umur lin~ :)
And malam tadi, lin and my big famili celebrate my birthday, menumpang adik emi nye birthday... memang seronok.. and suka sangat lin tgk gelagat adik emi mengumpul hadiah dari anak2 buah dia! hahaha mmg materialistik la adik! hahaha
nanti lin will update about the small famili party tu ye..
Hari ni saje nak buat entry on my birthday..
-----------------------------------------------------------------
Dengan penuh rasa syukur , Allah panjangkan usia lin sampai ke hari ini.. berkesempatan pulak menikmati kasih sayang tak bertepi dari seluruh ahli keluarga dan semesti nya en suami yg selalu ada di sisi..
Lin panjat kan rasa syukur ini, kerana masih berstatus kan mama pada 2 org nyawa lin yg paling dicintai.. masih punya masa untuk menjaga, membesarkan dan mendidik anak2 lin dgn penuh kasih sayang..
Masih bergelar isteri pada si dia yang lin kasihi..Nik Noorfadly B Nik Yahya.. lin disayangi dan di jaga penuh perhatian.. syukur lah, semua nya di ada kan semampu nya si dia.. sangat2 berterima kasih ya Allah, di atas kurniaan ini..
Dan dilapangkan rezki dan kesihatan untuk terus lin berbakti dan mencurah kasih pada kedua mak ayah lin, mereka yang menduduki tangga teratas di hati lin.. tanpa mak dan ayah, siapa lah diri lin ini.. sangat berbangga, walaupun hanya bergelar surirumah tangga, lin masih mampu membantu mereka mana yang boleh.. dan berkesempatan pula menunai kan hajat mak ayah lin untuk menunaikan Haji, pada kumpulan yg baru lepas.. Alhamdulillah.. takkan miskin si anak yang berbakti pd orang tua nya.. semua rezki adalah ketentuan Allah..
Juga, lin sangat bertuah, kerana di kelilingi adik2 yang menyayangi 'kak long' mereka ini dengan sepenuh hati.. insyaAllah, sama2 kita pelihara kasih ini ye adik2 semua.. dan along doakan korang semua dalam jagaan Allah selalu..
Dan yang paling penting, syukur pada Allah di atas segala nikmat yang dilimpah kan pada lin.. pada segala kegembiraan dan rahmat yang mengelilingi lin.. dan sifatNYA yang tak pernah membiarkan hambaNya ini terus lalai dan leka.. Maha Suci Allah... Alhamdulillah ya Allah...
--------------------------------------------------------------
.. ye kawan2... itu lah yang lin rasa saat ini.. yg lin nak kongsikan hari ni.. mohon lin, agar doakan lin di beri keberkatan umur yang panjang dah diluaskan pintu rezki untuk kita semua..
Dan hari ni, dengan gembira nya, kami berempat akan berangkat bercuti2an ke Langkawi.. :):):) sebenar nya nak bercuti february sempena 8th anniversary.. tapi, lin sibuk sikit masa tu.. dah ada tempahan chocolate and nak kena start gubahan pengantin yg bakal kahwin bulan Mac nanti.. keje2 Lovelin Creation lin la tu :):):)
So, percutian kami dipercepatkan lah ke hari ini.. 3 hari 2 malam di langkawi.. ni semua rancangan en suami.. so, kita tengok la apa dia plan untuk lin and anak2 masa kat langkawi nanti..
kalau plan lin, senang je... shopping!!!!!!!! hahaha pinggan mangkuk heaven kot langkawi tu... hehehe tu plan lin.. tak dpt shopping, dpt window shop pun jadik le kan.. cuci2 mata~ hehehehe
p/s : may be kalau jumpa hadiah best2 untuk GA lin, lin akan sambar ye :)
--------------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)
Continental Cakes @ Lovelin ~
13 years ago
6 comments:
epi besday Lin..
masih muda lg pe, lom sapai 3-series agi tu..
pepun, semoga dipanjangkan umo, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan olehNya yer.. =)
Happy bestday birthday to you,lin...all the best
happy birthday to you, semoga berbahagia selalu
hepi busday 2u dear, oh u muda setahun dari ai~ May Allah bless You Always~
leily : hehe ye.. yg penting hati rasa muda slalu! hehehe thanx 4 ur wish ye :)
mumMe : thanx dear :)
kak sue : thanx kak.. :)
emme : thanx.. muda ker.. hehehe takpe.. umur tu hanya angka kan :)
Post a Comment