Special Gift for ur loved one! Click banner yea~

Thursday, August 11, 2011

Seluar vs tudung~


diariku,

panas nya kat sini hari ni.. semalam hujan sgt lebat.. tapi petang la.. before tu, suhu kat luar 45 deg c ye kwn2.. huhuhu

Tapi, panas2 pun sempat je menjalankan aktiviti mini shopping dgn my Baby.. berduaan je.. papa keje pagi.. abg Didi pulak gi skolah.. so sebelom amik didi, kitorg berduaan pun pergi lah mencuci mata bersama2.. hehe aktiviti biasa la mak and anak dara kan.. kecik2 dah ajar anak kan.. hahaha =P

Sebenarnya dah plan nak beli sluar panjang utk diri sendiri.. hari tu dah tgk kat Parkson.. tp yg tinggal warna putih je.. sgt tak sesuai sluar putih dgn lin yg beranak dua ni! hihihi maklumla.. anak dara lin tu mmg kalau dlm kereta, kejap ke depan.. kejap ke belakang.. tak mahu nya dia dok diam.. habes dipijak2 nya peha lin.. hihihi karang dari putih, tukat kaler jadi kelabu asap pulak! ;p

So, semalam lin pun gi jengah kat The Store pulak.. yeay!!!!! ada pun sluar yg di cari itu.. lin beli 2 helai.. black and dark brown.. warna khakis dah habes.. kalau ada, 3 helai lin amik kot.. huhu murah je korang.. lepas discount, tinggal 49.90 je kot.. kata Mega Sale kan.. hehehe sgt suka sbb dpt sluar yg dihajati.. carrot cut yg fit sikit.. hehe

Lepas dah merayau sekejap (betul kejap je! =P) dlm The Store.. lin ingat nak gi Arianni la.. nak tgk tudung.. nanti kalau lambat sangat, pilihan dah tak banyak.. size pun dah tak de nanti.. huhu! Call my sis, angah.. janji jumpa kat sana je! =)))

Tengok jam, sempat lagi before kena amik si Didi..sampai je kat Arianni, orang agak ramai.. kira nya, saleperson diorg full dah, nak attend kita x boleh.. hehe ok jugak.. dpt la lin belek2 tanpa diekori sesiapa.. hehehe..

Lepas dah membelek.. men'try' tudung2 yg mana berkenan, lin pun dah selamat menyambar 3 helai tudung kat Arianni.. sampai kat kaunter.. tet tet tet ting!... rm232 semua nya.. amikkkk.. lagi mahal tudung dr sluar tadi.. hihihi

Yellow 3 tones - nak pakai dgn baju kurung raya.. baju tu warna warni, teringin nak pakai tudung yellow pulak.. jgn mcm makcik2 dah le nanti! hahaha
Merah putih with design, lin suka sbb kain dia sedap and selesa.. and sesuai dgn saya =)
Biru gelap itu lin suka sbb most of the time lin pakai jeans n tshirt je.. so, sesuai dgn gaya sempoi lin tu.. hehe

Tu yg kadang2 malas nak gi situ.. mesti ada yg berkenan.. pulak tu, sarung je kat kepala, elok je terletak.. huhu patut nya nk beli 2 helai je (bajet rm200 je!), sekali terlajak suka .. kan dah kena 3 helai.. adeh! tu pun ada teringat2 ni yg lain tu.. kaki mcm gatal nak gi lagi je situ.. hahaha hrp2 nya kuat lah iman lin kali ni........ =)))

Pagi tadi lepas sahur, terus try and bergaya ala wardina kat depan en suami.. hahaha dalam 3 helai tu, dia suka yg yellow sbb dia cakap nampak berseri2..yg lain gelap! hahah abang.. syg beli tu sbb dah ada baju nak match nye la syg.. yg biru tu boleh pakai anytime pakai jeans kan.. huhu org lelaki, mana reti brg2 pompuan ni.. hehehe

p/s : ada gak terkenan tudung kat FB.. adik lin dah penah beli kat sorg penjual ni.. cantek and cheaper than Arianni.. kalau lin jadi beli, and elok pulak, lin bgtahu kawan2 ye =)))

---------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)

2 comments:

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

wah, dah sopping tudung raya! sy ni satu mende pun tak beli lagi wak..sedey..hahaha..tak berkesempatan lagi..mgu ni bz nak siapkan tempahan coklat.nampak gayanye cuti nuzul quran la kot..
hmm..kalau awak nak tau la kan..sy mmg dah nekad taknak jejakkan kaki kat Ariani ataupun DeZahra (yg selalu pembaca berita tv3 pakai tu) sbbnye, kalau masuk, mesti ada hasil..oh,tidak..cukup2 lah..hahaha..tapi sekali sekala nak beraya ni kan..hmm..nak gi jugak lah nnt!hahaha

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

hahaha ainie.. ayat hujung awak tu sy tak tahan! hahaha takpe la wak.. raya kan.. lps raya, kita try hindari la ye.. kekeke kata tryyyyy.. kalau x berjaya, tak apa kot~ :P

Related Posts with Thumbnails