Special Gift for ur loved one! Click banner yea~

Monday, January 31, 2011

Birthday party with family~

diariku,

Alhamdulillah .. kembali bersiaran la lin ye.. hehehe maklum la .. mood bday girl mom ni melanda jiwa.. so, asik tersengih sorang2 je! haha tak pe la kan.. janji kita happy.. betul tak..?

Short holiday lin and famili to langkawi pun sgt meneruja kan! especially my 2 org nyawa tu la.. seronok sangat, sbb hari2 dapat main pasir tanpa dilarang and di leter oleh mama nya ni haa.. hehehe later lin citer pasal langkawi eh..

Nite before we all off to langkawi, lin and my youngest sis, aimi, dirai kan dalam party ringkas tapi sgt bermakna sebab dapat bersama ngan keluarga.. unfortunately, 2 orang adik lelaki lin tak dpt dtg.. diorang keje.. so, kitorg proceed je la sebab si aimi dah tak saba2 nak celebrate bday dia sebenar nya.. hehehe kak long nye ni menumpang semangkuk je la.. hehehe

We all celebrate kat Pizza Hut, Vilage Mall je.. kat situ yg paling dekat.. tak sampai 10 minit.. aimi la paling suka.. sampai2 je famili member, terus tanya hadiah dia! hehehe ape la adik ni.. tak reti cover langsung! hahaha

yok layan picasss yg byk itu la ye..

...posing2 before kluar dengan my nyawa.. didi and dhini~


... with en suami terchenta saya! ;)


... bday girl, aimi ceria sesgt! hehehe didi sayang atok~


... bday girl and bday mom~ ;) adik.. along cayang adik tau! :)


... bday cake untuk along (me!) and aimi.. kek fesh fruit sedap ini memang selalu jadi pilihan keluarga lin.. tak muak, sbb dia pakai fresh cream.. yummy!


... the menantuS with my mom.. and cucu sulung mak..qiestina yang bijak! :)


... didi pun nak bagi hadiah kat mama.. macam berat je kotak tu masa memula.. terpikir en suami beli kan pasu bunga kecik2 tu.. ye la.. sebab this year, dia tak tanya pun lin nak apa.. tapi, lin pesan ngan en suami.. apa2 hadiah pun will do.. asalkan bukan handfon.. hehe membazir je beli henfon mahal2.. then rosak jugak! haha sekarang lin pakai N73, hadiah bday 2 tahun lepas.. masa beli ni, 1000++ jugak.. rugi je mahal2.. sbb lin not into gadget2 ni.. asal boleh pakai, sudah! hehehe later if N73 rosak, baru lin akan fikir next henfon nak pakai apa.. :)


... jeng! jeng! jeng! rupa2 dalam balutan comot ituuuu adalah kotak putih ini... hehehe


... si encik romantik ini cuba menyarungkan jam tangan blink2 mewah dengan diamond ke tangan gebusss milik isteri nya ini.. hehehe


... cak! hehe ini lah dia si blink2 DKNY yang menjadi hadiah besday lin tahun ini.. :) thanx papa.. cantek sgt .. suka sgt! :):):) ni 'selera' en suami lin la ni.. ok, cantek.. tapi sgt blink2! hehehe


... aimi pun nak menunjuk jam tangan hello kitty dia yg baru.. pun blink2 gak.. agak nye tema tahun 2011 ni, blink2 kot kan.. hehehe


... bday girl, aimi, yg sgt hepi dapat hadiah macam2.. bayang kan la ye.. each of one anak buah dia has to bring hadiah.. anak buah 5 org, so 5 hadiah.. abg2 lagi.. hehe sungguh demanding la adik ni! ;) tak pela.. janji aimi hepi.. dia lah permata hati famili lin :):):)


... nak balik dah.. amik gamba dulu bersama yang tercinta.. yang melahir kan dan membesarkan ku.. :) along sayang mak and ayah sangat2!



... And en suami lin yang 'berangin' sooooooo romantic , telah bertambah romantik bila dia tuju kan lagu 'SEDETIK LEBIH' BY Anuar zain to me.. huhu siap tag kan kat FB lin tu.. romance kan..? :):):) and bila lin hayati bait2 lirik lagu ni, memang terasa cinta si dia sampai ke dalam.. bertambah2 terharu la lin yg berhati kecil ini~ huhu harap2 nya cinta si dia, kekal milik lin sorang je :):):) aminnn~


SEDETIK LEBIH BY ANUAR ZAIN

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : suka dapat jam tangan cantek.. tapi blink2 sgt, macam 'mak datin' tak..? haha hrp2 tak la nampak sampai mcm tu.. opss.. syhhh.. kecik hati en suami lin kalau dia tahu ni.. hehehe

---------------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)

Wednesday, January 26, 2011

Happy birthday to me ~

diariku,

26hb Januri 1982.. adalah tarikh ku dilahir kan.. ye.. genap lah umur lin 29 tahun hari ni.. :):):)



Seronok .. and ada juga sedikit cuak.. sbb this year, is the last year la dalam umur 20an kan.. mula next year, masuk 30an sudah! kalau dipanjangkan umur lin~ :)

And malam tadi, lin and my big famili celebrate my birthday, menumpang adik emi nye birthday... memang seronok.. and suka sangat lin tgk gelagat adik emi mengumpul hadiah dari anak2 buah dia! hahaha mmg materialistik la adik! hahaha

nanti lin will update about the small famili party tu ye..

Hari ni saje nak buat entry on my birthday..
-----------------------------------------------------------------
Dengan penuh rasa syukur , Allah panjangkan usia lin sampai ke hari ini.. berkesempatan pulak menikmati kasih sayang tak bertepi dari seluruh ahli keluarga dan semesti nya en suami yg selalu ada di sisi..

Lin panjat kan rasa syukur ini, kerana masih berstatus kan mama pada 2 org nyawa lin yg paling dicintai.. masih punya masa untuk menjaga, membesarkan dan mendidik anak2 lin dgn penuh kasih sayang..

Masih bergelar isteri pada si dia yang lin kasihi..Nik Noorfadly B Nik Yahya.. lin disayangi dan di jaga penuh perhatian.. syukur lah, semua nya di ada kan semampu nya si dia.. sangat2 berterima kasih ya Allah, di atas kurniaan ini..

Dan dilapangkan rezki dan kesihatan untuk terus lin berbakti dan mencurah kasih pada kedua mak ayah lin, mereka yang menduduki tangga teratas di hati lin.. tanpa mak dan ayah, siapa lah diri lin ini.. sangat berbangga, walaupun hanya bergelar surirumah tangga, lin masih mampu membantu mereka mana yang boleh.. dan berkesempatan pula menunai kan hajat mak ayah lin untuk menunaikan Haji, pada kumpulan yg baru lepas.. Alhamdulillah.. takkan miskin si anak yang berbakti pd orang tua nya.. semua rezki adalah ketentuan Allah..

Juga, lin sangat bertuah, kerana di kelilingi adik2 yang menyayangi 'kak long' mereka ini dengan sepenuh hati.. insyaAllah, sama2 kita pelihara kasih ini ye adik2 semua.. dan along doakan korang semua dalam jagaan Allah selalu..

Dan yang paling penting, syukur pada Allah di atas segala nikmat yang dilimpah kan pada lin.. pada segala kegembiraan dan rahmat yang mengelilingi lin.. dan sifatNYA yang tak pernah membiarkan hambaNya ini terus lalai dan leka.. Maha Suci Allah... Alhamdulillah ya Allah...

--------------------------------------------------------------

.. ye kawan2... itu lah yang lin rasa saat ini.. yg lin nak kongsikan hari ni.. mohon lin, agar doakan lin di beri keberkatan umur yang panjang dah diluaskan pintu rezki untuk kita semua..

Dan hari ni, dengan gembira nya, kami berempat akan berangkat bercuti2an ke Langkawi.. :):):) sebenar nya nak bercuti february sempena 8th anniversary.. tapi, lin sibuk sikit masa tu.. dah ada tempahan chocolate and nak kena start gubahan pengantin yg bakal kahwin bulan Mac nanti.. keje2 Lovelin Creation lin la tu :):):)

So, percutian kami dipercepatkan lah ke hari ini.. 3 hari 2 malam di langkawi.. ni semua rancangan en suami.. so, kita tengok la apa dia plan untuk lin and anak2 masa kat langkawi nanti..

kalau plan lin, senang je... shopping!!!!!!!! hahaha pinggan mangkuk heaven kot langkawi tu... hehehe tu plan lin.. tak dpt shopping, dpt window shop pun jadik le kan.. cuci2 mata~ hehehehe


p/s : may be kalau jumpa hadiah best2 untuk GA lin, lin akan sambar ye :)


--------------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)

Tuesday, January 25, 2011

Happy 14th birthday , emi cayang~

diariku,

Korang... ada satu citer ni kan.. tak tahu la nak share kat sini ke tak.. may be later kot.. sebab kdg2 opinion kawan2 ni mmg perlu la kan.. yela, pikir sorang2 karang, tua pun sorang2! hahaha

Actually, hari ni bday my adik bongsu, Azira Aimi.. kitorg panggil dia adik emi je.. and anak2 buah dia panggil emi, mak su ...

Ni tahun kedua mak su request nak celebrate beday dia kat pizza hut.. so, malam ni sama2 la kak long dia ni menumpang.. sbb esok bday your truly ok.. hahaha

dah siap balut hadiah dia.. ingat nak gi cari mainan ke apa jugak.. dia suka byk2 hadiah.. so, beli mcm2, dia suka laa...hehehe

...hadiah utk adik yg lin dah beli.. tapi, rasa nye kena tambah pape, bagi byk.. so, dia akan hepi sgt2.. hehehe maklum laa.. adik lin ni kategori 'istimewa'.. so, dia sgt budak2.. even umur nya dah 14 tahun! hehehe



...kak long yg menumpang celebration beday adik .. hehehe jimat apa... :P:P:P


p/s : apa lah hadiah lin en suami nak bagi pulak kan! hahaha sungguh mengada, nak2 hadiah.. :P

---------------------------------------------------------------
DEARIE, sudi2 lah klik2 iklan kat bawah ni.. thanx a lot~ :)

Monday, January 24, 2011

Kelas buat chocolate yg best!

diariku,

Walaupun kelas ni dah seminggu lepas lin attend.. tapi ni acara wajib tayang kan.. hehehe

Lin join kelas ni sebab nya memang nak belajar nak buat home made choc, so that bertambah la ilmu di dada and insyaAllah bertambah la product baru kat Lovelin Creation , dunia kedua ku itu.. hehehe

and yang paling tak nak lin lepas kan peluang ini ialah sebab nya yang mengajar lin ni is my BFF masa skool time dulu.. masa skolah sains raub dulu.. hehehe iaitu ainie..

Dah lama gila tak jumpa ainie.. last jumpa masa lin kawen dulu la.. so, 8 tahun la jugak kan..sbb lin mmg sangat rapat dengan ainie masa skola dulu.. actually, kami bertiga dulu, dengan syifaak.. ke mana nya slalu bertiga.. maklumla skolah asrama.. semua pun boleh share kan.. makan sebekas, minum pun setumbler! hehe

Lepas skolah, terpisah dgn haluan masing2 kan.. dulu mana ada henfon bagai.. kot nak ada pun alamat kat dalam buku biodata and no tipon rumah famili masing2 kan.. hahaha

Tapi, sejak byk teknlogi canggih ada ni, slalu je la berhubungan.. hehe
So, bila ainie kol, cakap dia nak wat kelas chocolate kat rumah adik ipar dia kat Bertam, apa lagi.. terus tanya en suami and minta dia cuti on 15th Jan tu, so that lin boleh ikut kelas chocolate my BFF ni.. hehehe

Lin sampai terlewat 10 minit dr waktu yg ditetapkan.. sesat ok!!! hahaha maklum la.. lin jarang drive kluar sg petani sorang2.. slalu nya en suami ada skali.. tapi, saje nak rasa and kesian kat en suami and anak2 nak kena hantar amik lin, so lin try.......... heheheh akhir nya sampai.. even suami ainie, abg din, kena amik kat skolah dkt2 ngan rumah adik ipar ainie ni.. hehehe

Sempat la kami berborak, bergosip sikit2... tapi, tak semua la.. sbb ada org lain yg attend kelas kan.. takkan nak amik masa org lain :) may be lain kali.. and ainie kena tido rumah saya , baru boleh borak semalaman! hehehehe

Jom layan kelas chocolate yg best.. sgt happening.. and hepi, sbb dapat kawan2 baru jugak.. iaitu, kak imah (tuan rumah!), kak zura and kak wan.. semua sporting and best2... :):):)

So..... lepas ni, kalau ada yang berminat nak tempah home made choc buatan lin pulak, sila lah inform lin ye :):):)

Jomla layan gamba2.. dengan muka berkilat2 tu ye.. hehehe

..1st try nak masuk kan guna sudu, agak menggigil di situ! hahaha...


..me with my beloved BFF a.k.a teacher of the day.. Ainie.. :):):)

... rakan-rakan sekelas ku.. :) kak zura in pink, kak wan with checkered apron and tuan rumah yang suka senyum je, Kak Imah.. :)

..yours truly, in oranje! hehehe

...bersama hasil chocolate utk hari itu.. me dukung sara yg cakap chocolate aunty lin nya ini "cedap!" hehehe

muka sangat happy bila nampak mama balik.. dah malam ye kawan2.. haha and didi pilih ladybird lolichoc utk rasaan pertama nya.. mula2 didi tanya lin, "mama, mana cupcake?'.. haha sebab before ni, bila gi klas, bawa balik cupcake je.. hehehe "no darling, this time mama buat chocolate pulak" :):):)

ini lagi sorang... terus nak rasa.. papa cakap, balik sampai malam ni, mesti chocolate sedap ni.. hahaha saje je tau~ :P tapi, mmg sedap pun!.. and my hubby loves mint flavour.. :):):)

Seronok sangat, sbb dapat blaja buat choc and yg paling best, in a week ni dah ada tempahan pun.. alhamdulillah.. yg paling penting, bole buat utk makan anak2 ku.. :):):) suka sgt!

Broadband dah jadi 'berukband' !

diariku,

dah bersawang sawangan ni.. adoiiiiiiii... geram gila ngan servis broadband ni.. rasa nak pakai streamyx je..tapi betul ke speed dia ok...?? kang jadi mcm pepatah, keluar mulut buaya, masuk mulut naga lak kan!..hehehe lin pulak jenis suka mengangkut modem.. suka wireless.. malas nak wayar pepanjang ni.. huhu

Last year lin pakai Celcom broadband.. tapi, bila ada problem, diorang lambat gila nak fix .. lin fed up.. terus terminated and tak pakai internet lama la jugak.. lama x ngadap internet , macam boring pulak.. hati pulak teringin nak meng'online' kan bisnes Lovelin Creation tu.. so, sign up pulak Maxis broadband..

Dah dekat setahun la jugak pakai nye ni.. tapi, kadang2 ada je speed seperti seekor kura2 baru nak belajar jalan tu.. faham tak..?? maksud nya la kan, kura2 tu jalan slow.. tapi kalau baru nak blaja jalan, lagi la slow nya... rasa nak hantar je balik zoo broadband ni.. sbb slow mcm kura2.. and broadband dah tuka jadi 'berukband' kan...

Tengok la akibat nya.. nak gi war2 kan GA Lin pun tak dapat.. down je tgk penyertaan tak banyak... :(:(:( seriously down~ :(:(:( nanti la.. kalau ok ni, akan lin war war kan ia merata tempat.. huhu

p/s : mengumpul semangat untuk berblog kembali~ sila salah kan en berukband yg sgt tak membantu...!!!!!

Friday, January 14, 2011

Pening cari barang hilang ~

diariku,

Punye lah meluap2 semangat nak ngapdet blog, tetiba rasa serabut gilee...

Korangggggg.. lin tak tahu kat mana lin letak gelang tangan lin!!! tolong lah....

Sebelom ni, gelang yang satu ni, lin memang pakai hari2.. ala, gelang yg hadiah besday last year tu.. 3 ke 4 hari lepas, rantai penyambung tu terbuka.. so, lin bukak terus gelang tu, and letak kat tempat bedak, sikat semua tu... rantai tu tercabut, lin takut if klip gelang tu terbuka, tercicir pulak nanti... konon2 la kan...

Semalam, before nak hanta didi skool, ingat nak pakai balik.. rasa nya dah amik.. tapi tak tahu letak kat mana.. maklum je la.. kelam kabut dengan anak2, dalam hati nak gak pakai gelang tu masa tu, capai terus.. then zasssss... mana ntah lin campak..

lin ingat kan en suami lin simpan kan.. sebab lin biar kat tempat bedak tu, macam saje nak 'tayang' kat orang tak sepatut nya kan (pencuri ler!) .. nauzubillah .. tapi, petang semalam, lin tanya en suami, dia pun cakap tak tahu... and dia tak simpan pun.. membebel lagi ada la.. sebab dia cakap lin ni, barang mcm tu pun letak merata2.. hihihi

Memang pun, kat atas tu, dengan jam didi.. minyak wangi anak dara ni.. macam2 lagi la barang kan .. mana tahu, masa diorg nak amik brg diorg kan, tertolak gelang tu ke mana2... atau pun, yang paling lin takut, masa kalut2 semalam, lin dah terbuang skali dalam tong sampah..!!!!! oh tidak........... alamat nya, setahun la en suami lin membebel kan lin nanti kalau tak jumpa..

Merata dah cari ni.. naik pening kepala lin pusing satu rumah, atas bawah carik gelang tu.. lin betul2 lupa la! dah amik ke belom.. kalau dah amik, letak kat mana.. dah terbuang ke... wawawawawa kenapa la lin kalut sangat.... pelupa subhanallah.. letih otak ni mikir mana la lin letak gelang tu... huhuhu

...nak cari pakai benda alah ni pulak ke.. kalau tak jumpa jugak, camne... :(:(:(


Harap nya,jumpa la nanti kan.. kalau mmg rezki lin, tak ke mana kan... sedap hati je ni.. wawawawawa...............

Thursday, January 13, 2011

Pelancaran 1st GA by me..

diariku,

akhir nya dapat jugak lin publish kan 1st GA yg lin nak buat.. heheh berdebar jugak ni.. ye la, ada ke sambutan nya kan.. dah la lin ni blogger baru.. tak glamour mana pun.. BW jarang skali dpt lin buat, sbb nya macam2 la.. tp, kawan2 yg dah ade ni pun, ramai dah... cuma kalau lagi ramai, lgi best kan... lagi meriah gitu..
hehehe

So, lin menjemput semua kawan2 try la Giveaway lin ye.. sempena wedding anniversary lin and en suami yg ke 8 tahun... huhu kejap je dah 8 tahun.. rasa nya baru je main2 mata dulu! hahaha

Menjangkau nak menyampai ke end date GA ni which is on 14th February 2011 (tak de sbb significant ye.. saje nak bagi GA berjalan sebulan :) ) , entry lin will be kenangan2 kami dr dulu, sampai beranak 3 ni.. huhu sebelum ni tak penah cite kan.. sbb blog ni ada, lepas dah anniversary tahun lepas.. hahaha

Join la ye... ajak kawan2 skali.. sebab en suami lin yg sponsor hadiah.. best la kot.. lin try la ye.. :):):) tapi surprise lagi la.. sebab ada banyak list dalam kepala ni nak hadiah kan contestant my 1st and foremost GA ni.. huhu



Selamat mencuba and selamat berjaya ye kawan2.. :):):)

Wednesday, January 12, 2011

Short sahaja ~

diariku,

cite pendek la dulu ye.. sbb lin nak kuar amik didi dah.. didi balik pukul 1.. tp lin nak singgah hair saloon jap.. nak tukar pesyen rambut.. 3 hari berturut2 didi komplen rambut mama dia tau! kureng asem btul la boboy ni.. hahaha

and lin dah plan satu GA or contest ke mcm tu utk kawan2 semua.. tp lin x pandai buat banner.. hahaha dah la photo editor smua dah error .. ntah ape lin godek, pun lin tak tahu.. end up lin pakai 'paint' je... hahahah takpe la kan.. yg penting, ada hadiah! btul tak..? btul tak..? hahah

kay la u ols.. see ya :):):)

p/s : tengah fikir pesyen apa rambut nak buat ni karang... huhu~

Tuesday, January 11, 2011

Selamat Hari Lahir ke 32 ~ my dear Dato' CT

diariku,

ALLAH SELAMAT KAN KAMU.. ALLAH SELAMAT KAN KAMU.. ALLAH SELAMAT KAN KAMU DAN KELUARGA .. ALLAH SELAMAT KAN KAMU...



...wahhh hari ni besday ke 32 Tok Ti kita.. sebagai peminat tegar CT, lin doa kan yang terbaik untuk CT .. dalam urusan seni dia.. urusan bisnes dia.. and also paling penting, urusan rumah tgga dia.. Semoga cepat2 dapat cahaya mata.. :)



Lin sendiri tak sabar nak tunggu album baru CT.. may be di pasarkan hujg tahun ni.. biasa la CT, bila buat apa2, mesti nak bagi yg paling best.. so, dalam proses mencari bahan atau lagu2 yg mantop and terkini, yet sesuai dengan diri nya, and sepadan dengan keinginan peminat nya ini! hehehe

CT mengimpikan hadiah simple je this year.. iaitu, Apple Macbook Pro.. sebab tak mampu lin nak bagi kan lin pun pakai acer je , ku tepek kan la gambo nye ye.. hehehe



I LOVE YOU DATO' SITI !!!

p/s : aci tak lin list hadiah kat en suami.. sbb tak lama lagi besday lin jugak! kih kih kih...

Dania maut di tgn ibu tiri !!!

diariku,

Korang, dah baca paper hari ni tak..? Lin and hubby suka baca Kosmo.. walaupun front page nya tajuk si Fasha Sandha pakai bikini kat bali, tapi yang paling cepat mata lin tangkap kisah adik Dania Qistina, yg maut sbb di dera mak tiri..!!!

Bila lin baca berita ni, mmg rasa sedih dan nak nangis bila tahu umur Dania ni sama mcm umur my nyawa Adini.. tiba2 terbayang kan, kalau la lin yg dijemput Allah terlebih dahulu, dapat ke en suami cari pengganti yg bole jaga anak2 lin mcm anak2 dia sendiri.. ??? wawawawawawa tak sanggup nak bayang kan tau.........

Arwah Dania ni ada 3 beradik.. ada kakak sorg umur 5 tahun (sama umur didi) and sorg adik lelaki (umur 1y) .. few months sebelum ni, parents dania bercerai, even kes tak selesai lagi kat mahkamah.. Arwah and adik bradik nya tinggal ngan Atok diorg, sebelah mak.. mak gi keje agak nya.. so, mintak tlg atok la tlg jaga kan.. mcm biasa ...

One day, atok dania ni admit hospital, kira2 3 bln lepas.. masa ni la ayah dania ni amik anak2 dia 3 org ni, tinggal ngan mak tiri.. nak dijadi kan cerita... JADI BAHAN DERAAN MAK TIRI YG BERHATI BUSUK! ..kesian kan.. boleh pulak ayah dania call ex-wife dia, cakap anak meninggal, jatuh dlm baldi ada air.. lepas post mortem, baru la dpt tahu punca kematian, iaitu 73 kesan dera di seluruh tubuh mangsa...!!! sangat ZALIM!!!!!!!!!!!!!! binatang pun tahu syg anak diorg oke...


Lin harap sgt mak tiri yg kejam ni dapat lah balasan yg setimpal apa yg dilalui dania.. yang ayah sendiri pulak, pandai nak cover bini muda! geram rasa nak cepuk je kepala ayah dania ni, sbb bengong sgt!!! anak mati depan mata wehhhhh.. takkan nak jadik dayus pulak! TAKUT BINI!!!! geram lin!

Takpe la dania.. dunia ni sgt kejam sayang.. penuh cabaran dan dugaan.. mama doa kan dania aman di sana .. dan pasti nya gembira di sisi yang ESA .. Aminnn...

p/s : masa buat entry ni, hati ku walang sungguh mengenangkan nasib arwah.. dan rindu lin pd arwah anak lin, Nik Shakir Zufayri.. mama rindu shakir, sayang....

Monday, January 10, 2011

TRILOGI CINTA ~ Tragis ke nyampah,...????

diariku,

Penat nya la hari ni.. dari pagi bangun subuh..then siap kan my nyawa, didi to school.. then, hati tiba2 rasa ngada2 nak tukar karpet lain kat living area kat bwh and famili hall .. hehehe slalu nya, lps en suami sampai rumah dlm pukul 8.15 am gitu, dia yg hanta didi, then bila dia dah balik dr hanta didi, we have our breakfast together wif anak dara kami, adini..

And slalu nya, breakfast ni punye la lama berborak .. tajuk pun kdg2 'luar kawasan rumahtgga'.. sambil2 la org kata.. and drag lama sampai masak utk lunch.. tapi tadi, habes je breakfast, lin cepat2 naik atas.. bagi clear apa patut, especially play room yg super sepah, sbb semlm mama layan AJL, anak buat sepah pun takpeeeee... hahaha while en suami, mcm biasa la dia.. layan pokok2 bunga and orkid dia ...

akhir nya, dapat jugak tukar karpet.. hehe berat la nak alih sofa even coffee table pun tak leh nak angkat.. berat bebenor! sbb ada en suami disisi, kena gunakan masa ni, before dia qada' tido dia jap nanti... hahaha

then noon, together we fetched didi and pegi somewhere.. buat apa..??? nanti la kalau jadi, lin update la pape later eh.. :):):) selesai 'urusan' itu, dekat kol 4pm baru sampai rumah.. cepat2 zohor and lunch cum dinner la kot.. hehehe sedap nya sambal belacan tadik!!! :P

en suami masih nite shift lagi mlm ni.. so, tadi lin sempat la melayan didi reading and colouring wif adini too.. dah lipat baju.. tgk2, kedua2 nyawa lin ini dah pun terlelap ... :):):) ada chance la lin nak tgk tv.... ;)

Baru teringat , isnin malam ada drama 'Trilogi cinta' ..produced by Rosyam Nor.. lin follow jugak cite nie.. sbb nya drama ni diadaptasi kan dari 3 buah novel cinta karya sharifah Abu Salem, yg lin super suka.. lin mmg minat membaca.. apa2 je pun takpe.. and novel salah satu nya.. berkotak2 novel dok beli.. sampai la dah beranak kan didi pun, sempat lagi lin baca novel ni.. lagi2, en suami lin byk 'support' minat lin.. hehe paham2 je dia.. hehehe tapi, start je bersalin kan adini, dah tak ada beli pun!!! ya Allah.. busy ya ampun!!! hahaha ada beli 2 tahun lepas.. 2 buah lin beli.. tp satu tak habes baca, satu lagi plastic sealer tu pun tak dan koyak kan lagi!!! hahaha so, now lin baca majalah je la.. MW and SDK wajib beli :):):)

And antara koleksi lin termasuk la 3 buah novel Sharifah Abu Salem yg rosyam nor jadi kan drama ni.. iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian and Tiada Lagi Mimpi ... and combine 3 ni, jadik la drama TRILOGI CINTA ...

Lin pun dah lupa2 ingat jalan cerita novel2 tu.. nanti nak korek, baca balik (kalau sempat!haha).. Awal episod drama ni hari tu, menunjukkan KECURANGAN SEORANG ISTERI , lakonan amyza aznan, sbg salmi, isteri pada hero drama iaitu rosyam, memegang watak razif..

Memang Salmi ni isteri yg membuat kecurangan and kekurang ajaran (btul ke..??) secara terang-terangan pada suami dia.. 10 tahun kawen, then boleh pulak ada laki lain kat luar.. anak2 yg sedang membesar, semua dapat kesan, akibat kecurangan @ kegatalan @ ketidak sedar dirian mak nye tadi... geram nye!!!!! and now, si isteri tu Allah bayar cash, accident, lumpuh ke apa ntah, baru nak sedar diri.. ingat suami.. ingat anak.. baru nak ingat Allah!..



Bukan lin nak review drama ni.. tapi lin paling ngeri plus geli ngan bini orang yg 'main belakang' ni.. tolong la ye.. kalau boleh, elakkan la.. dan minta doa byk2 pd Allah, supaya kita ni tak di uji dengan dugaan yg seberat itu.. ingatan utk lin jugak la.. lin percaya, smua yg dah jadi wifey and mommy kat sini, sure dah bulat hati, diri kita ni utk suami and anak2 kan.. tapi, kita tak tahu, bila2 Allah boleh balik kan hati ni nak menguji iman kita.. ingat tak pd Dia.. ke main harung je, janji seronok... kan... so, doa sama2 la ye..

berbalik kesah isteri tak sedar diri yg curang depan and belakang suami ni, cerita ni memang wujud dlm masyarakat kita kan.. lin sendiri nak share kisah benar, kisah bini org curang ni.. tujuan nya dapat la iktibar utk kita ye.. sbb lin mmg geram plus meluat la tgk isteri and mak2 org yg sanggup buat mcm ni.. korang pun mesti ada terbaca dalam paper before2 ni... kes isteri curang ditangkap khalwat, hasil aduan si suami yg tak tahan dah nak sama2 dosa ngan isteri curang ni... kan..?? penah tak..??



Bila Allah kasi petunjuk.. kasi cash balasan dunia kat si istri ni, baru lah nak sedar diri kan.. tragis ke nyampah..???? lin dua2 ada... tragis la, sbb si suami and anak2, masih boleh terima si pompuan ni tadi.. and ada yg senang2 je memaaf kan si istri ni kan... and MENYAMPAH sangat2 sbb si istri ni dah terhantuk, baru nak terngadah...!! hari tu, suka sgt buat pasal.. alih2, balik kat kluarga sendiri jugak.. december hari tu, ada drama tajuk apa ye.. lupa lin.. lakonan rita rudaini and zamarul hisyam.. kisah istri curang gak la.. mmg menangis lin, masa anak2 diorg peluk kaki ayah diorg soh pujuk mak nya ni , yg dah dibuntingkan org lain, tggal sama2 mcm dulu... sedih kan...



Kesah lin yg nak share ni, happened pd kwn lin.. citer nya, bermula dari Facebook la.. si istri and suami, kedua2 nya ada akaun FB.. and dalam FB jumpa la balik kwn2 lama.. and possibility nak jumpa pakwe/makwe lama tu mmg ada la kan.. tak salah kalau nak kawan je kan.. tinggal lagi, kena pandai handle la.. tak payah la nak masuk sampai ke dalam benar kan..

Satu hari, si istri saje2 je check private msg (PM) suami dia kat FB.. husband and wife ni saling telus la konon nya..so, bole je nak tgk FB pasangan kita.. (lin and hubby pun do the same, so no hiding2 ye).. si istri, ternampak pvt msg yang bertalu2 masuk kat inbox si suami, dr seorg wanita.. and si istri dah bole agak, ni scandal lama suami dia.. berdasar kan msg yg berbalas2 kat inbox tu..

And setelah di check, 'wanita' itu telah berkawen dan punya cahayamata.. tapi, msg2 yg dihantar pd si suami, senang cerita , macam kita tengah catch up latest update and MEMORY lampau masa together2 dulu...!!!!!! Sbg suami yg tahu batas, and may be dia aware si istri pun bole log in ID dia, at certain stage, si suami x relpy dah msg 'wanita' itu .. and tak jugak mendelete msg2 itu, sbb bagi suami, tak de apa nak sorok pun.. kalau dia delete , lagi tak jujur nama nya.. sound likes true jugak.. tapi, bagi si istri, mmg dah panas berapi la dlm dada.. haha tak yah cite la apa jadi ye.. tahu2 jela.. huhu~ kalau dibiar kan, tak mustahil 'terjalin kembali' kan.. mana tahu 'wanita' tu pandai merayu ke kan...

yang lin geram, si 'wanita' tak sedar diri tu.. kenapa ye..?? tak leh terima hakikat ke, jodoh semua keje Allah..?? bercinta bagai nak rak pun, walaupun saling mengenali kluarga pakwe/makwe kita tu, tapi kalau BUKAN JODOH, tak de apa yg boleh taut kan pertalian tu... lin penah dengar kat dalam Semanis Kurma, ustaz wan akasyah pesan, pada suami dan istri, JANGAN DEKATI CINTA LAMA..BIMBANG BERTAUT KEMBALI.. APATAH LAGI, KALAU PIHAK PEREMPUAN ITU DAH MENJADI ISTRI ORANG.. HARAM HUKUM NYA DAN BERDOSA ...

Tapi, kalau 'perjumpaan' semula itu, dengan niat and hati yg ikhlas, hanya nak menjalin ukhwah dan melibat kan pasangan masing2 jugak, kluarga jugak, insyaAllah.. yg penting, kuat ke iman di dada tatkala syaitan membisik menduga menggoda kita dgn memori2 lama itu..??? tepuk dada, tanya iman, fikir lah dengan akal..

Wahhhhh... dah macam ustazah pulak rasa nya... hahaha bukan nak berceramah ye kwn2 sekalian.. lin juz nak ingat kan diri sendiri and all wifey2 kat luar sana, selagi suami kita dapat menjalankan tanggungajawab dia, memenuhi KEPERLUAN dan KEWAJIPAN bukan kehendak semata2 yg sepatut nya pd isteri dan anak2, bersyukur lah pd Allah.. berdoa lah, kehidupan keluarga yg lebih harmoni dah berkaseh sayg.. Jangan lah cuba2 nak 'mencari cinta' lelaki lain pulak ye.. Kalau si suami tu perangai dan perbuatan nya sgt menyakit kan hati pun, jangan guna alasan itu untuk memadu kaseh dgn lelaki lain.. guna kan lah saluran yg ada.. pejabat syariah ke.. mahkamah ke.. talian Nur ke kan.. tak pun, may be ahli kluarga kita sendiri bole tolong.. mak ayah.. MIL FIL.. kan...???

And tak bermakna lah lelaki yang berhidung belang tu lin senarai kan sbg tak bersalah yeeeeeeeee!!!!!!! yang ni kita citer lain nanti.... nanti, panjang sangat pulak ahli2 jemaah lin nak membaca bebelan lin ni... hahaha sori la.. ter'emosi' pulak entry ni... lin kesian kat anak2, yg terpaksa jadi penonton perangai gatal mak dia! sungguh kesian~

p/s : Bukan nak membuka pekung sapa2.. juz nak share and meluah rasa dan pendapat.. lin kan wifey... :):):)

AJL 25 yang baru je selesai...

diariku,

Alamak.. apa dah jadi la dengan azam lin hr tu kan.. konon nak update blog slalu yg mungkin.. hahaha bukan tak nak ye.. tapi, sibuk yg ntah apa2.. sibuk yg biasa mak-mak lalui bila anak start skolah.. then yg kecik pulak kesihatan sedikit meragam.. ye adini, sedikit tak sehat la.. and en suami pulak, asik away je.. so, ini supermom yg handle all.. sabo je la...

Korang tgk tak AJL 25 baru sat tadi ni abes..? rasa nya ramai yg layan kan, even esok isnin, hari keje... hehehe yela, nama pun pertandingan berprestij.. lagu2 yg masuk bertanding pun, best2 gak kan.. Lin pulak memang menanti.. nak tengok, even melayan sorang diri.. en suami nite shift.. and nyawa2 lin 'sibuk' dgn aktiviti diorg dlm playroom tu..huhu~ Stage AJL25 ni memang luas and cantik.. so lin dah expect persembahan2 yg dahsyat from all singers.. :) orkestra kat atas skali.. mcm best je.. sbb muzik out loud!!!



Sambil2 lipat baju yg dah 'membukit' tu, sambil2 tgk AJL 25.. sbb 2-3 hari lepas cuaca mendung renyai je..so baju tak kering.. hari ni panas, so dah kering.. bukan saje malas ye.. :P .. Bagi lin la kan, the opening was sooooo good.. dah lama tak tgk francesca peter, nash nyanyi kat event besar2 ni.. m.Nasir baru je tgk masa famili day hr tu.. so, mcm teruja sgt.. ingat kan nanti kumpulan search and all the previous pemenang akan buat persembahan.. tp, tak logik kan.. karang drag lama sgt pulak! huhu~ yg dia tunjuk include m.nasir nye persembahan pun ok dah bagi lin.. best!

And bila start je pertandingan, mula lah ngadap sambil berbaring2 dpn tv.. ye la.. sorg2... hehehe

YUNA
lagu Cinta Sempurna ni first time lin dengar masa drama "Cinta Sempurna" kat Oasis.. masa tu, yuna dok glamour ngan lagu Dan Sebenarnya tu la.. bagi lin la ye, tadi masa yuna nyanyi, sedap nya la suara anak dara ni.. khayal jap lin, dok layan lirik lagu tu.. hahaha and ada props 'pokok mati tak mati' kat stage kan.. best je.. and the most benda yg menangkap mata lin ialah baju yuna! haha selama ni yuna kan pakai sempoi je.. baju rugged and selendang lilit tu.. tadi nampak nye macam gown kan.. and bersambung ngan selendang.. oranje lagi.. mekap pun cantik.. so, cantik la yuna tadi! hehehe

TOMOK
...Berlari... ye.. tomok and dancers nya nampak berlari2an di atas pentas yg cantik itu.. hehe and kelainan yg best tomok buat, dia main ngan susunan muzik, and dance.. dolu2, masa dia ngan newboyz, mana ada menari2 ni.. best la jugak :) kemajuan..kemajuan..

A.P.I
...lagu Pelita ni best jugak la.. and persembahan lin tgk dahsyat and dressing ala2 'comot2' itu menjadi la.. tp sbb collaboration byk grup indie kan, so mmg patut la buat dahsyat2 kan.. tapi A.P.I tu ape ek..?? haha

SHAHIR
masa baca kesah 'kehilangan' shahir dr dunia seni ni di sebab kan shahir terkejut and tak percaya he was suspected kanser hati, kesian nya la lin kat dia.. nasib baik , alhamdulillah.. not to that extent, tp still kena rawat la shahir ni.. and masa dia perform Kebahgiaan Dalam Perpisahan tadi, lin nampak dia sedikit kurus berbanding before ni and nampak sedikit tak bersemangat jugak.. kesian sgt.. sbb lin minat shahir ni since AF lagi..lagu ni pun best.. tp may be effect 'smoke' yg penuh atas pentas tu, meng'effect' kan persembahan dia la.. ye la, org tgh sakit.. penuh smoke mcm tu.. tak ke lelah.. ni lin agak2 je la.. and masa last yg dia kena penampar tu, 'pelepuk' lin dengar bunyi nye.. terkuat agak nye Nasha Aziz tu tertampar dia.. huhu pity my ensem shahir~ huhu



BLACK & MUH
..lagu Drama King mmg best.. hehe kdg2 kat dapur, kalau Hotfm pasang lagu ni, ngan2 lin skali nyanyi! haha takpe, dah kawen, leh nyanyi kat dapur ye.. :P and as expected, persembahan gempak gabungan black and MUH.. layan~~~ ;)
Lin suka sgt sbb lagu yg lin suka ini dapat no.2!!! yeay!!! esok nak nyanyi lagi la... hahaha congratulationsss Black and MUH!!!

HAFIZ
..mmg menusuk kalbu lin la masa hafiz nyanyi lagu Noktah Cinta.. suara hafiz tu.. tak de lari ke sana sini pun.. tak mcm lin nyanyi dlm keta ngan en suami.. hahaha and tetiba hafiz buat gimik pengsan tu, mula2 lin dah agak gimik je.. tp sbb dah lama sgt, rasa mcm betul pulak..hahaha skali dia tuka baju daa.. patut la lama.. tertipu saye! ;P mmg best la lagu ni.. tp menang no 3 je.. takpela.. dr tak menang lgsg kan.. and Hafiz dapat Vokal Terbaik.. itu rasa nye kenangan manis la buat hafiz kan.. terbaekkkk :):):)

ANA RAFFALI
...Tolong ingat kan aku~ mula2 nampak cantik je ngan baju putih tu.. tiba masuk2 cage and tukar kebaya merah.. mcm kureng cun pulak.. 'drama' yg dia buat tu, nampak kreatif, tapi it looks too busy la atas stage tu.. may be yg 'pengaruh2' jahat tu, tak yah ramai sgt kot.. hahaha so so la persembahan ana ni.. crowded ..
Tapi dah rezki tertulis malam ni rezki ana, dapat la dia 35k itu...!!! waaaaaaa... byk tuuuuuu... lin tak expect pun lagu ni.. tp agak nya sbb lirik tu puitis kot.. and tgk la ketua juri pulak kan, M.Nasir! rasa nya lirik2 puitis ni la yg menambat hati juri kot.. and susunan muzik yg ada dinamik tersendiri.. may be ~ hehe nway, tahniah ye ana raffali... :):):)

FAIZAL TAHIR
... lagu Selamat Malam memang menyentuh jiwa ku ini.. hehe and ada pulak lakonan2 kat atas stage tu tadi.. ok je la.. tapi lin kureng setuju la FT berpelukan ngan Fatimah Abu Bakar.. ye la, may be ada org anggap, peluk mcm mak-anak je.. tp kena ingat, Fatimah Abu Bakar bukan mak FT kan.. kalau FT peluk Dato Aziz Satar, tak pela.. tp dah excited kot nyanyi tu.. 'ter' la agak nye.. hehehe tapi, ni opinion lin je tau.. jgn saman lak ye! hahaha Khiriah comel la pregnant, dok usap2 perut je... nak jugak!!! :P

... lagu Hanyut pulak one of my favourite in AJL 25.. alamak.. memang best la lagu nie.. "Maaf kan lah, ku tak bisa hidup tanpa kamu..Fahamilah ku tak bisa terus tanpa kamu.. bagaimana ku nanti.. bila tiada mengganti.. yg ku ada hanya kamu saja" .. wah wah.. memang layan habes lagu ni.. and 'drama' FT jatuh bawah konon2 dalam air tu, mmg menjadi la.. agak2 la kan, tu betul2 ke dah record..??? haha lin pun tak sure.. hrp2 lps ni ada la paper yg disclose 'rahsia' ni ek.. :P dahsyat la FT buat persembahan.. memang tunggu je, lepas ni apa lagi dia nak buat.. hehehe ye la, takkan sampai abes lagu, tangan terikat je kan.. tapi x sangka la sampai terjun ke bawah platform tu... hahaha
nway, sebab persembahan mantop ini la FT menang persembahan terbaik AJL25.. dapat 10k.. sape nak bagi kan..?? haha berbaloi..berbaloi.. :):):) tahniah ye..

ADIRA
... Cantik la anak dara ni.. dah kurus sgt berbanding masa mula2 AF dulu kan.. comel je ngan gown yg kembang itu.. Ku Ada Kamu, antara lagu yg lin suka.. this song really inspired me..to love and to be loved.. :):):) and selain hafiz, lin agak Adira pun boleh dpt Vokal Terbaik tadi.. bagi lin la.. sbb sepanjang dia nyanyi , lin rasa dia dapat control suara dia dgn sgt baik.. mana ada2 jerit2..suara leper2.. mcm masa mula2 dia nyanyi dolu kan.. much better i think.. sedap je dengar, sambil layan muka comel and superb showmanship by Adira.. hehe takpela, not ur rezki kali ni.. tapi lin 'award' kan sendiri, Adira antara yg dapat control voice dgn bagus tadi.. :) keep it up Adira~

BLACK
... lagu Sofea Jane ni memang sedap didengar la.. simple and relax je muzik nya.. dengan imej putih bersih, yg jarang black bawak, nampak sopan je.. hehe ye la, slalu black kan ala2 rugged je dressing dia kan.. ni vest putih tu ada flower printed lagi.. hehehe black nyanyi pun ok..sedap je.. :)

STACY
..wow..wow.. this supergirl bawa lagu Jahat dengan baik.. and as usual, persembahan stacy mmg menarik, energetic, da bomb but as expected.. kelainan nya may be stacy and dancers bawa watak ala samurai tu kot.. lbh krg dlm video clip Jahat.. and part stacy ni, yg paling best was seeing my cheeky princess, Adini, nyanyi and dance together ngan stacy.. Adini luvs stacy and her song.. memang terloncat2 , tertonggeng2 la anak dara lin ni kalau tgk stacy perform.. hehehe abes je stacy perform, terus terlentang tido sebelah lin.. penat sgt la tu! hahaha tp syg tak dapat snap gamba Adini.. bateri camera dah drain.. :( next time laa.. hehehe

HUJAN and BUNKFACE
... agak nya dah slalu sangat radio main lagu Mencari Konklusi and Extravaganza ni, so tgk show tadi pun biasa2 je.. as expected show from indie band .. diorg main muzik mmg best.. lagi2 plus ngan orkestra plak kan.. bertambah dahsyat la sound nya.. in term og showmanship, ok ok laa.. dah biasa tgk diorg buat mcm tu kan.. and pasal lagu, lirik ok jugak.. sbb giving message indirectly pada org yg dituju la.. actually, lin pun tak paham.. hahaha.. its juz not their rezki tahun ni kan.. :)

....And yg paling lin tunggu ialah persembahan penutup artis jemputan.. Kak Pah macam biasa la.. lin suka masa lagu Dimana Kau.. sbb ada bola2 retro itu.. hehe bertudung serba merah.. may be sbb lps balik dr Mekah.. nak tahu tak, Kak Pah ni satu khemah dgn mak lin masa bermalam di Mina hari tu.. :) mak lin ckp, ramai la org amik gamba ngan dia.. tp mak tak pun.. hehehe agak nya sbb kamera kat ayah kot.. hehehehe

Then, Ziana Zain pulak yg nyanyi Madah Berhelah.. memang mantop la dia ni.. suara mantop..body mantop.. oppss! haha jeles u, anak 4 dah, tp body cun.. tapi sbb dia pakai slim world, tak aci la kan.. hahaha sebenar nya, lin sayg nak habes kan beriban2 kat slimming centre tu.. baik lin beli gelang! hahaha again, ini pendapat saya ye! :P gown kembang hitam pun cantek.. macam yg Adira pakai sikit2.. sama pereka kah..?? ;)

Yang paling di nanti, pujaan hati ku, dulu kini dan selamanya..Dato CT yg sgt comel, walaupun dah sedikit chubby di sana sini lepas kawen ni.. hehe tak kesah la.. yg penting suara and show dia sgt superb! ye... sgt superb! .. lin bias ke..? nak wat cam ne kan..mmg lin minat CT ... hahaha 3 lagu CT nyanyi.. puas hati sungguh.. dia siap menari lagi.. and tgk show tadi lin teringat show dia masa konsert CT kat Royal Albert Hall London dulu.. masa CT nyanyi lagu2 etnik kat London, dia menari mcm tadi la.. lin gi London ke..??? hahah tak de makna nye.. lin ada semua VCD konsert CT.. en suami lin yg akan belikan semua cd2 CT :):):) baju biru tadi pun cantek seh.. apa2 je la pasal CT, semua lin suka.. hehehe



........ haaa... tu dia lin dah jadi pengulas majlis pulak.. hahahah bukan niat menjatuh kan ke menaik kan sesape la ye.. biasa la, tiap org ada likes and dislikes kan.. ni pendapat lin je tau.. lin suka tgk AJL and dari kecik dulu dok ngadap 'Muzik-muzik'.. la ni AJL pulak.. tp still suka you.. korang pun sama kan.. hehehe walaupun, tak semua ramalan lin mengena tadi, tapi lin ok je.. diorg yg menang or kalah, bukan effect pape pun kat lin kan.. hahaha saje suka2.. tak penah pun menonton live.. tgk kat tv je dah ok.. hehehe

ok la.. smoga byk lagi lagu2 best and bermesej lps ni kat malaysia ye.. tak nak la asik lagu luar je yg dominasi radio kan.. *wink*wink*

Nota kecik : gambar2 lin copy paste http://ajl25.tv3.com.my .. tq! =)

p/s : encik and cik artis sekalian.. jgn saman saya ye.. ni opinion saya as penonton AJL je.. :):):) ada ke artis baca blog lin..??? hahaha

Sunday, January 2, 2011

Bila mama pasang azam... ;)

diariku,

kejap je kan.. pejam celik..pejam celik.. membebel2 kat sini.. tiba2 dah abes tahun 2010.. huhu~ terasa cepat nye masa berjalan.. masuk je tahun baru ni, mula la terpikir, umur pun dah naik tangga seterusnya... hahahaha tapi, tu umur je kan... hati muda lagi..... confirm! 'perasaan' kan makcik ni..??? hahaha

Lin jarang pasang2 azam ni.. tapi masa borak2 ngan en suami lin tu, tertimbul plak topik ni.. hehehe lin lah paksa dia stated his azam kan.. haha main paksa2 gitu~ hehehe tapi bagus apa ada azam... lepas tu baru boleh plan apa patut kan.. tapi biasa la.. kadang2 azam tu berkubur mcm tu je.. contoh nya azam nak diet atau nak kurangkan shopping! iman tak kuat la~ hahaha lin la tu :P

(1) first thing, azam lin nak jadi INSPIRASI pada nyawa2 lin 2 org ni.. especially didi.. sebab dia dah besar kan.. tahun ni 5 tahun dah.. lin rasa didi dah boleh faham banyak benda.. may be lin akan tukar cara lin approach didi and also dini.. before ni mama papa buat kan semua.. may be lepas ni 'buat sama-sama', abang and adik together.. lin dah try masa cuti skolah ni.. macam ok je.. kadang2 refused gak dia.. hehe biasa la budak2.. kena byk bersabar la kan.. and now, selalu jugak lin bagi 'ceramah motivasi' kat didi .. hahaha bukan apa, saje nak bagi dia semangat and keyakinan pd dia.. bukan utk eksyen2.. tapi untuk dia nilai harga diri dia sampai dah besar sok..hehehe tu diaaaa azam mama.... dah mcm Dr Fadzilah 'Come to me' pulak kan! :P

...Alhamdulillah.. didi did so well in his last final exam.. nanti lin story later eh.. ;)



(2) nak jadi orang yang LEBIH BERSABAR especially dalam mendidik permata hati 2 orang ni.. bukan senang kan nak control anger kalau dah banyak sgt pe'el dibuat nya.. tapi tu la doa lin tiap kali lepas solat.. minta Allah berikan lin kesabaran menjalani tanggungjawab sbg seorg ibu, isteri, anak, kakak dll... yela, anak2 ni ada perangai masing2.. sape dah ada anak 2 3 4 orang, tahu lah macamana perasaan mak ni, bila lepas sorang, sorg lagi sambung kes! hahaha lagi2 surirumah mcm lin ni :):):)

....chinta hati ku... :)



(3) kalau diizinkan Allah, perancangan nya, dalam lepas Ogos 2011 ni, teringin nak PREGNANT lagi sekali..huhuhu sebab nya, ogos ni baru nak buka 'pagar besi' kat dalam ni.. lepas2 tu boleh la kot kan.. tapi, kalau 'godaan' baby2 baru yang comel2 kat luar sana tak mampu ku tahan lagi, may be bukak IUCD awal lagi kot! hahaha tengok la macamana nanti.. lagipun, 30th March ni, Adini dah 3 tahun.. mcm dah besar kan.. tapi ya ampun! Adini sgt mengada dan sgt 'menempek' kat lin.. tu yg kadang2 takut nak mengandung lagi skali.. hahaha

.........gambo masa lin pregnant kan Adini.. bulat bagai johan bola! haha dah 8 bulan kot masa ni... apa kan daya, didi tetap nak dukung mama nya~


(4) kalau boleh , nak RAJIN2 UPDATE BLOG la tahun ni.. hahaha bukan malas ye kawan2.. kdg2 sibuk ngan anak2.. ngan rumah.. ngan bisnes.. and lain2, mula la letih kan.. dah letih, dah tak reti nak cakap apa kat sini.. hahaha harap2 tertunai la azam ni yek.. and berhajat la jugak NAK BUAT CONTEST ATAU GIVEAWAY ke.. saje je nak bermeriah meriah la konon.. hahaha kalau ada sponsor ke, lagi bagus kan.. huhuhu mintak kat en suami la nanti :P

(5) kalau bab bisnes Lovelin Creation ,semoga sukses terus menerus la hendak nya.. lin memang buat keje2 ni sebab minat lin.. macam therapy la jugak 'keje2 amal' ni .. huhu alang2 tu, dapat jugak duit tepi kan.. didi and adini pun sporting je.. tak penah la kacau lin buat cake ke.. hantaran ke.. huhu 2010 pun Alhamdulillah.. hujg thn baru ni, sampai ada 3 tempahan lin terpaksa tolak atas kekangan masa and also 'tenaga' ye kawan2.. hehehe apa2 pun, thanx 2 Allah... :):):)


wahhhhhhh... berderet nya azam tahun 2011 ni.. tapi azam lin tu lebih kepada menaik taraf kemampuan and kapasiti lin sebagai ibu pada anak2 tersayang ni.. and jugak untuk rumahtangga yang lebih bahagia dengan suami and anak2.. mak ayah lin.. adik2 lin.. cuma azam pregnant tu je.. harap2 lin cukup sehat mental and fizikal bila tiba masa nya nanti.. amiiinnn... :)

p/s : dalam kepala ni dok teringin nak tu.. teringin nak ni.. yang tu tak di kira azam lah ye.. yang tu di kira nafsu nak perabih duit! hahaha

Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011 ~

diariku,

First of all, lin nak ucap kan Selamat tahun baru 2011 pada semua la ye... lin doakan semoga tahun 2011 ni lebih bermakna dan penuh keceriaan utk kawan2 semua..

...ishhh.. dah lama tak menulis sesuatu kat sini, macam kekok plak rasa nye.. hahaha dah lama sgt2 lin tak jengok blog tercinta ni.. apatah lagi nak merayau2 ke blog kawan2 semua.. ampun ye.. memang lin busy sgt2.. and sedikit keletihan .. membuat kan mood lin nak ngadap laptop sgt la tipis!

... ye la sepanjang mak and ayah lin ke Mekah, most of the time lin 'berpindah' ke rumah mak.. heret jugak lappy ni, tapi tak sempat nak layan blog pun.. keje bertambah you... kalau tak busy pun, lin lebih rela bersantai ngan anak2 sementara tunggu hubby and adik2 balik keje... penat la jugak! hahaha

so, lin janji, lin try tak biarkan blog separa cun ni bersawangan lepas ni...

banyak story nak cite kat sini ni.. nanti lin try citer one by one eh... lagipun, lusa dah start skolah kan.. jadual normal balik kot! hahaha
korang pun, kalau lin cite, rajin2 la baca ek... hahaha tp , takpe la.. bila story kat sini, later2 my nyawa bole baca and tahu kesah mama diorg ni.. hehehe

jumpa lagi ye semua.. InsyaAllah... ;)

mwahx~
Related Posts with Thumbnails